HALAMAN SANTAI

Ahad, 28 Jun 2015

Najib tidak akan serang keperibadian Tun M

 
Najib ingatkan setiap tuduhan Dr Mahathir perlu dijawab dengan fakta.


najib_mahathir_asyraf_600



PETALING JAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak tidak akan menyerang keperibadian dan mengungkit sejarah silam Tun Dr Mahathir Mohamad dalam menjawab dakwaan yang dibangkitkan bekas Perdana Menteri itu.

Najib mengingatkan supaya setiap tuduhan oleh Dr Mahathir perlu dijawab dengan fakta bukan serangan peribadi.

Ini kerana, Perdana Menteri amat menghormati dan memandang tinggi Dr Mahathir sebagai negarawan ulung.

Perkara itu dimaklumkan oleh Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Senator Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki melalui laman sosial Instagramnya.

Katanya, beliau berbual tentang hal ehwal semasa termasuk kritikan Dr Mahthir selepas selesai Majlis Berbuka Puasa dan Solat Terawih Perdana Menteri Bersama ulama dan pimpinan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam di kediaman rasmi Perdana Menteri pada Sabtu.

Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) itu memberitahu, sikap yang ditunjukkan Najib itu membuktikan beliau seorang pemimpin yang berjiwa besar.

“Begitulah Najib seorang pemimpin berjiwa besar walaupun difitnah dan ditohmah,” tulisnya.

Asyraf Wajdi berkata, dalam perbualan singkat itu, Perdana Menteri sangat mengambil tahu dan menyelami masalah rakyat dan banyak tindakan telah diambil dengan segera demi kepentingan rakyat tanpa diketahui umum.

Tiada ulasan: