RANTAU PANJANG - Pasukan polis cuba mengesan sepasang suami isteri bagi membantu siasatan berhubung kes penderaan seorang kanak-kanak berusia lima tahun, di Taman Rantau Mas.
 
Ketua Polis Pasir Mas, Asisten Komisioner Haliludin Rahim berkata, usaha mengesan bapa kandung yang bekerja sebagai peniaga dan ibu tiri mangsa dijalankan dengan segera.
 
Menurutnya, kanak-kanak malang itu dipercayai berada di bawah jagaan bapa kandung dan ibu tiri, selepas suspek berpisah dengan bekas isterinya pada 2013 lalu.
 
Beliau berkata, Sana mendakwa, isteri baharu suaminya itu menghubunginya kerana enggan menjaga anak mereka dan mahu menyerahkan hak penjagaan kepadanya.
 
"Selepas mengambil mangsa, pengadu mendapati tubuh badan anaknya kurus dan lemah, malah badan anaknya dipenuhi parut dipercayai didera.
 
"Bekas isteri lelaki itu kemudiannya membuat laporan polis di Balai Polis Rantau Panjang dan bagi mendapatkan kepastian, pengadu membawa anaknya ke Hospital Golok kemudian dirujuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) Kota Bharu, keesokkan harinya.