HALAMAN SANTAI

Sabtu, 27 Jun 2015

Annuar kena herdik kat Rosmah?

MSO

 

POJOK PETANG - Kublaikhan (1).

 

Mula-mula bukan bergaya lagi Annuar Musa tampil menceritakan sekaligus menjawab pembelian hartanah di Melboure Australia oleh anak syarikat MARA, Mara Inc. Katanya pembelian hartatanah itu yang dibuat atas daripada harga sebenar dilakukan sendiri dengan pengetahuan dan kelulusan Perdana Menteri Najib Rojak. 

Bukan main lagi tersusun dan indahnya ayat "mayat" Annuar gunakan. Kublaikhan awal-awal lagi terkejut dengan cara penjelasan Annuar yang membabitkan nama Perdana Menteri.

Itu penulis blog MSO, membuat dengdangan (persepsi) yang Annuar seakan sengaja mahu mengheret sama nama Najib. Tindakan itu, MSO sifatkan sebagai keadaan membahayakan politik Annuar Musa.

Nah, ternyata apa kata MSO benar. Najib kurang senang dengan penjelasan Annuar yang mengaitkan pembelian itu dengan namanya. Najib membelasah media kononnya memutar belitkan kenyataan Annuar Musa. Padahal apa yang wartawan tulis bukan rekaan tetapi menyalin (transkrip) cakap Annuar. Cakap itu ada dalam dalam tape rekoder. Belasan Najib kepada media itu sebagai memukul anak menyindir menantu.

Hari ini pula apa yang Kublaikhan ketahui Annuar meralat balik kenyataan itu. Katanya pembelian itu tidak diluluskan oleh Najib? Katanya perkata itu ada disebut dalam surat bertarikh 10 Mei. Wah... macam mana pula ni, foning sungguh?

Khublaikhan rasa, Annuar dah kena herdik dekat Rosmah ke kerana menyusahkan Najib. Mungkin. Kalau begitu dia terpaksa tebalkan muka dengan membuat pembetulan itu. Annuar tak kisah kalau air liur dia tak masin, yang penting dia masih terus jadi Pengerusi Mara. Apa yang Annuar takut Kublaikhan fikir bukan wang rakyat di Mara itu disamun, tetapi dia takut jawatan itu tidak disambung selepas tamat kelak.

- KUBLAIKHAN... tunggu hasil report Annuar kat SPRM sejauh mana ia berjalan?

Catatan: Kublaikhan akan muncul sekali sekala memeriahkan blog ini.

Tiada ulasan: