Oleh Bob Lokman
Alhamdulillah, aku masih disini, didalam PAS. Penyokong tegar dan ahli biasa. Biar pun keadaan sedang kencang, aku selesa dgn ketentuan selepas muktamar. Rasa sayang kepada jemaah yg dipimpin oleh ketua yg dipilih semakin matang kerana masa yg aku lalui. Alhamdulillah selamanya.
Namun demikian, sebagai tinggalan sejarah dari dunia seni dan keterlibatan dalam beberapa siri ceramah bersama PAS, aku menjadi makluman kepada umum walau pun kami serupa sebenarnya.
Kebiasaannya sebagai figura orang akan mudah menyapa, dgn apa saja sapaan. Namun yg selalu ialah, "apa dah jadi dgn PAS sekarang?". Aku sebenarnya tak tahu apa jawapannya kerana politik adalah ilmu khusus yg dikuasai oleh pemainnya.
Pun begitu pertanyaan itu
terkadang menimbulkan radang dihati kerana intonasi yg membawa maksud
"padan muka kau nak masuk PAS sangat". Sekarang pun ada kaum yg saja
meletakkan aku dalam grup WA mereka sebagai "penonton" terhadap sikap
mereka kepada kumpulan agamawan yg bangkit dari muktamar lepas.
Aku hanya ahli biasa PAS, yg meyokong, mendengar dan mengundi. Ini bermakna aku sudah berpihak. Soalan sinis membuatkan aku menjawab,"ini mainan musim. Sekarang ni musim tengkujuh. Jgn ditanya mengapa, kerana itu kerja ALLAH.
Yg pasti kalau kita bukan nelayan jgn memandai turun kelaut. Bila habis musim kita lihat nelayan mana yg terus meranduk ombak, dan kita tunggu aje ikan apa yg mereka bawa pulang utk kita pilih".
Supaya nelayan akan terus kelaut selepas tengkujoh, kepada pemain persepsi politik, jangan jadi orang pandai tak boleh ditumpang, serta bodoh tak boleh diajar.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan