HALAMAN SANTAI

Ahad, 28 Jun 2015

Nasrudin: Rancangan G18, PasMa tak ke mana...

MALAYSIAKINI


 


Ketua Penerangan PAS Nasrudin Hassan menganggap rancangan anggota PAS yang tidak berpuas hati untuk menubuhkan pati baru sebagai "fenomena sementara" yang beransur-ansur hilang tidak lama lagi.

Beliau, yang dilihat mewakili kumpulan pro-ulama dalam PAS, berkata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang melihat cadangan tersebut sebagai "demam selepas muktamar".

Bagaimanapun, kepimpinan baru seolah-olah berhati-hati dengan kemungkinan penubuhan parti baru oleh NGO Persatuan Ummah Sejahtera Malaysa (PasMa) atau daripada pemimpin progresif PAS yang tewas dalam pemilihan parti, yang dikenali sebagai G18.

"Saya nasihatkan meraka supaya tidak mengganggu hasrat PAS menjadi parti alternatif kepada Umno dan BN," kata Nastudin kepada pemberita selepas ceramah yang diadakan oleh kepimpinan PAS yang baru di Pongsu seribu, Kepala Batas, semalam.

Nasrudin berkata langkah PasMa dan G18 "sedikit sebanyak mengelirukan rakyat" dan "mengganggu" situasi politik dalam negara.

"Saya rasa (G18 dan PasMa) tak ke mana. Perancangan mereka itu tidak akan berkembang," kata Nasrudin.


Tiada ulasan: