THE RAKYAT POST
Ng berkata, DAP hanya
berani memutuskan hubungan dengan PAS sekiranya parti Islam itu
meneruskan agenda hudud mereka, namun sebenarnya hanya PAS yang
memutuskan hubungan antara kedua-dua parti itu.
KUALA LUMPUR- Timbalan Pengerusi Keharmonian Agama
MCA, Ng Chok Sin mahu tahu sama ada DAP akan putus hubungan dengan PKR
sekiranya Wan Azizah menyokong hudud.
“Kami ingin tahu, selepas memutuskan
hubungan dengan presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang, adakah DAP juga
akan memutuskan hubungan dengan PKR dan Wan Azizah, memandangkan
presiden PKR itu secara terbuka mengumumkan sokongan beliau terhadap
pelaksanaan hudud,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Beliau menyatakan, pada 26 Jun lalu,
satu laporan dibuat terhadap bahagian penguatkuasaan Jabatan Agama Islam
Selangor (JAIS) oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui isterinya,
presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail terhadap Tan Sri
Muhammad Shafee Abdullah, dengan mendakwa peguam itu secara terbuka
menuduh Anwar melakukan liwat terhadap pembantunya, Saiful, tanpa
memberi empat saksi seperti yang ditetapkan oleh undang-undang.
“Dengan
tindakan sedemikian, Wan Azizah membuktikan bahawa beliau menyokong
hudud, seperti Hadi, yang dalam cubaan kedua cuba mengusulkan Rang
Undang-Undang Persendirian di Parlimen, kini,” katanya dalam kenyataan.
Anggota jawatankuasa MCA itu turut
mengesyorkan DAP supaya meneruskan hubungan dengan PKR walaupun tanpa
Wan Azizah untuk terus mendapat manfaat politik.
Beliau berkata DAP hanya berani
memutuskan hubungan dengan PAS sekiranya parti Islam itu meneruskan
agenda hudud mereka, namun sebenarnya hanya PAS yang memutuskan hubungan
antara kedua-dua parti itu.
“Bagi manfaat politik, DAP mungkin perlu
meneruskan hubungan dengan PKR tanpa Wan Azizah, sama seperti mereka
memutuskan hubungan dengan Hadi dan bukan parti PAS. Tak perlu kita
harap lebih dari DAP.
“DAP selama ini banyak membohongi orang
ramai mengenai isu hudud dengan bersikap tidak patuh pada keputusan
selepas tipu daya mereka didedahkan kerana sebenarnya mereka hanya
berani memutuskan hubungan dengan presiden PAS.
“Ia berakhir sebagai lawak politik apabila lebih ramai dari PAS yang meninggalkan DAP,” katanya.
Chok Sin menyatakan DAP perlu membuat keputusan tegas berkenaan isu hudud dan bukan bersembunyi di belakang drama politik.
“DAP sepatutnya membuktikan mereka jujur
dan serius dalam menolak hukum hudud dengan memutuskan hubungan dengan
PKR dan Wan Azizah.
“DAP perlu menolak melakukan ‘double standard’ dan mengumumkan memutuskan hubungan dengan PKR secepat mungkin,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan