HALAMAN SANTAI

Isnin, 29 Jun 2015

Kami Bukan 'Pak Turut' Hadi - Tuan Ibrahim

Oleh: RAHMAH GHAZALI dan DINA MURAD
 
 
Abdul Hadi (dua, kiri) mempertahankan kedudukannya selaku Presiden PAS manakala Tuan Ibrahim dipilih sebagai Timbalan Presiden.
 
 
 
KUALA LUMPUR: PAS menafikan dakwaan bahawa proses membuat keputusan di dalam parti itu akan menjadi lebih mudah sekarang dengan ketiadaan kumpulan bukan pro ulama.

"Hakikatnya, ini adalah kekuatan kepada presiden. (Memiliki kumpulan pro ulama) tidak bermaksud mereka adalah 'pak turut' kepada presiden," kata Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Beliau mengakui beberapa ahli jawatankuasa pusat yang baharu dipilih mempunyai pandangan berbeza daripada Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan presiden melihatnya secara positif.

"Semua pandangan mereka diambil kira dalam mesyuarat dan presiden boleh membuat keputusan berdasarkan pandangan yang berbeza," katanya.

Beliau turut menolak persepsi bahawa pasukan baharu itu didominasi golongan ulama dengan berkata 'majoriti' pemimpin datang dari latar belakang profesional.

Tuan Ibrahim yang menggantikan kerusi yang disandang Mohamad Sabu dengan kemenangan besar pada persidangan Muktamar PAS Ke-61, awal bulan ini berkata, adalah menjadi tanggungjawab beliau untuk menyatukan kembali parti itu.

"Fokus utama saya sekarang adalah untuk menyatukan semula ahli dan memperkukuh parti. Menang atau kalah adalah adat dalam mana-mana pemilihan," katanya.

Tiada ulasan: