MALAYSIAKINI
Menteri Besar Selangor Azmin Ali membidas bekas menteri besar Tan Sri
Khalid Ibrahim yang mengesa beliau supaya segera menyelesaikan
penstrukturan semula air di negeri itu atau berundur dari jawatannya.
"Dia (Khalid) gagal selesaikan selama 6 tahun, saya baru (jadi menteri
besar) sembilan bulan," katanya kepada pemberita di kediaman rasminya
hari ini.
Beliau yang juga timbalan presiden PKR berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat PKR Selangor.
Dalam kenyataannya hari ini, Khalid mendakwa sejak mengetuai pentadbiran
kerajaan negeri itu sehingga kini, Azmin sengaja melambatkan proses
pengambilalihan keempat-empat syarikat konsesi air dan gagal
menggariskan pelan tindakan terperinci menyelesaikan isu itu.
ADUN Pelabuhan Klang itu juga mengingatkan bahawa Lembah Klang bakal
berdepan dengan krisis air yang serius jika penstrukturan semula air di
negeri itu tidak dilaksanakan.
Sementara itu, Azmin berkata pertemuan dengan Majlis Pimpinan PKR
Selangor adalah pertemuan bulanan bagi meneliti dan berbincang mengenai
perkembangan baru termasuk berkaitan beberapa dasar kerajaan negeri.
Beliau yang juga MP Gombak mengarahkan semua pemimpin PKR memberi
tumpuan untuk melaksanakan tanggngjawatan yang diamanakan oleh rakyat di
negeri itu.
"Saya telah meminta semua pimpinan Keadilan memberi tumpuan dan fokus
untuk melaksanakan tanggungjawab yang telah diberikan oleh rakyat
Selangor dan memastikan aspirasi rakyat ini dapat dipertahankan dan
dilaksanakan tanggungjawab masing-masing di semua peringkat," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan