HALAMAN SANTAI

Isnin, 29 Jun 2015

Peserta rancak menari ketika kebakaran berlaku

 
Orang ramai bertempiaran lari selepas menyedari gas disambar api.
 
 
water park


PETALING JAYA: Satu rakaman visual yang menunjukkan detik-detik akhir sebelum kebakaran semasa sambutan ‘Colour Play Asia’ di Formosa Water Park, New Taipei City dimuat naik di laman Youtube.

Ia dirakam ketika persembahan di atas pentas sedang diadakan.

Sejurus selepas itu gas dilepaskan, penonton terus menari.

Mereka mula panik dan bertempiran lari selepas menyedari ia disambar api.

Dalam kejadian pada malam Sabtu itu, lebih 500 dilaporkan cedera.

Sementara itu Bernama melaporkan, penuntut Malaysia yang cedera, dirawat di Unit Rawatan Rapi Ren Ai Hospital.

Lim Sh Li, penuntut jurusan perubatan di National Taiwan University, melecur tahap kedua pada 54 peratus bahagian lengan dan kakinya, kata Kementerian Luar dalam kenyataanya.

Seorang pegawai Pusat Persahabatan dan Perdagangan Malaysia di Taipei telah melawat pelajar terbabit untuk memberi bantuan konsular yang sewajarnya.

Pihak berkuasa tempatan masih menyiasat punca letupan itu.

Kementerian Luar, melalui Pusat Persahabatan dan Perdagangan Malaysia di Taipei, juga sedang mendapatkan maklumat lanjut mengenai kejadian itu.

LIHAT VIDEO DI SINI

Tiada ulasan: