KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menyangkal dakwaan penangguhan pemilihan Majlis Tertinggi parti itu disebabkan isu kontroversi 1MDB.


Beliau berkata, penangguhan tersebut adalah keputusan akar umbi yang mahukan kemelut dalaman parti itu diselesaikan.

“Perkara ini tiada kaitan dengan 1MDB tetapi peringkat akar umbi mahukan kemelut parti dan politik dalam negara diselesaikan terlebih dahulu.

“Ini adalah keputusan sebulat suara yang dinyatakan pada mesyuarat yang diadakan di Janda Baik sebelum ini dengan kehadiran semua wakil bahagian kecuali 14 bahagian sahaja,” katanya kepada media selepas menyampaikan sumbangan pada Majlis Shopping Raya di AEON AU2 Setiawangsa.