MALAYSIAKINI
Walaupun Biro Tatanegara (BTN) mewajarkan unsur perkauman, tidak ada
keperluan untuk membubarkan agnesi itu, kata Setiausaha Agung MCA Datuk
Seri Ong Ka Chuan.
Sebaliknya, beliau berkata, sepatutnya sukatan pelajaran biro itu perlu
diubah supaya lebih inklusif memandangkan sukatan pelajaran sedia ada,
hanya menjadikan pelatih lebih berfikiran sempit dan tidak memberi
manfaat kepada mereka.
"BTN mempunyai peranannya (untuk dimainkan), tetapi itu bukan cara untuk melakukannya.
"Sesuatu menjurus kepada kesilapan, (ia adalah) salah urus, atau pendekatan yang salah.
“Jadi betulkannya, tukarnya menjadi perbuatan yang baik, daripada
berfikiran sempit dengan mengutuk orang lain,” katanya ketika ditanya
pemberita di Wisma MCA hari ini.
DAP dan segelintir pihak seperti gerakan kumpulan masyarakat sivil G25
Datuk Noor Farida Ariffin mengulangi gesaan supaya jabatan bawah Jabatan
Perdana Menteri ditutup ekoran kebocoran persembahan slaid BTN ini
bahawa pengkritik menganggap sebagai "perkauman".
Tiada ulasan:
Catat Ulasan