HALAMAN SANTAI

Sabtu, 27 Jun 2015

Parti baharu harus mula dengan orang Islam sahaja, kata Zaid Ibrahim

THE MALAYSIAN INSIDER



Bekas menteri Umno Datuk Zaid Ibrahim berkata cadangan pembentukan parti baru yang berasaskan hanya untuk orang Islam akan menjadi satu-satunya peluang bagi mencabar PAS. – Gambar fail The Malaysian Insider, 27 Jun, 2015.Bekas menteri Umno Datuk Zaid Ibrahim berkata cadangan pembentukan parti baru yang berasaskan hanya untuk orang Islam akan menjadi satu-satunya peluang bagi mencabar PAS. – Gambar fail The Malaysian Insider, 



Susulan heboh diperkatakan sebuah parti politik baharu mungkin dibentuk oleh pemimpin PAS yang tewas dalam pemilihan parti baru-baru ini, Datuk Zaid Ibrahim hari ini mempertimbangkan isu itu, mengatakan parti tersebut mesti "hanya untuk orang Islam sahaja" pada peringkat awalnya.

Ini kerana, kata bekas menteri Umno itu, ia akan menjadi satu-satunya peluang untuk parti baharu berkenaan mencabar PAS.

"Ketika ini pun mereka tidak berserban dan berkopiah dalam pakaian harian mereka; ini akan mencacatkan mereka; jadi, jika hendak dibawa orang bukan Islam menyertai parti baru itu, ia hanya akan menambah masalah," tulisnya di blognya hari ini.


"Ia akan menjadi satu lagi PKR dan satu bencana kepada Mat Sabu dan rakan-rakannya," katanya merujuk kepada bekas timbalan presiden PAS Mohamad Sabu.

Ketika ini, spekulasi meluas yang pemimpin progresif dalam PAS - digelar G18 - yang kalah pada pemilihan parti Islam itu awal bulan ini, mungkin menubuhkan sebuah parti baharu selepas Hari Raya ini, bersama parti serpihan PAS, Persatuan Ummah Sejahtera (PasMa).

PasMa sendiri sebelum itu mengisytiharkan ia akan membentuk sebuah parti baharu dengan G18 bagi menggantikan PAS dalam Pakatan Rakyat (PR) yang kini tidak berfungsi lagi.

Perkara itu semakin mendapat perhatian apabila sebahagian daripada pemimpin G18 itu berbuka puasa dengan pemimpin PKR dan DAP awal minggu ini.

PR diisytiharkan berakhir selepas PAS meluluskan resolusi memutuskan hubungan dengan DAP dalam muktamarnya yang menyaksikan jawatan tertinggi parti disapu bersih golongan konservatif.

Parti Islam itu bagaimanapun menegaskan, ia akan kekal bersama PR, walaupun DAP dan PKR mengisytiharkan pakatan mereka itu kini tidak lagi berfungsi secara rasmi.

Tiada ulasan: