HALAMAN SANTAI

Selasa, 30 Jun 2015

MBI Saman Faekah, 8 Bekas Pembantu Khalid Ibrahim

RAKYATNEWS


 


KUALA LUMPUR - Menteri Besar Incorporated (MBI) akan memfailkan saman ke atas lapan pembantu bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, jika gagal mengembalikan bayaran pampasan RM2.7 juta yang diterima mereka.

Memetik laporan The Malaysian Insider, wakil peguam MBI, Shahir Razak, berkata, ianya telah difailkan bulan lepas disebabkan defenden tidak layak menerima pampasan tersebut.

Anak guamnya turut menuntut defenden terbabit membayar faedah lima peratus ke atas jumlah yang dituntut, pampasan kewangan lain dan kos.

Mereka yang terlibat ialah Rohani Talib, Arfa'eza Abdul Aziz, Mustapha Mohd Talib, Rahimah Kamarudin, Dr Sulaiman Masri, Abdul Halim Mohamed Yusof, Tuan Nazuri Tuan Ismail dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif MBI, Faekah Husin.

Faekah diwakili peguam Edmund Bon.

Kesemua defenden dilaporkan menerima pampasan sejurus Khalid melepaskan jawatannya tahun lalu.

Walaubagaimanapun, MBI bersedia menggugurkan saman berkenaan jika defenden bersetuju memulangkan wang yang diterima itu.

Pada 3 Januari lepas, Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali, meminta agar wang tersebut dipulangkan kembali kerana beberapa perkara didapati melanggar tatacara peraturan kewangan.


Tiada ulasan: