HALAMAN SANTAI

Sabtu, 27 Jun 2015

Wan Azizah: Saya masih menanti status rayuan pengampunan Anwar

Oleh Azuan Abd Rahman


KUALA LUMPUR : Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, keluarganya masih menunggu jawapan rasmi Lembaga Pengampunan berhubung rayuan pembebasan Diraja terhadap Ketua Umum KEADILAN, saudara Anwar Ibrahim.

Jelas beliau, sehingga kini tiada sebarang pemberitahuan atau jawapan rasmi diserahkan berkenaan permohonan yang dikemukakan keluarganya pada April lalu.
Wawi
“Saudara Anwar dipenjarakan secara tidak adil, dan ramai melihat dan berkata betapa perjalanan perbicaraan Anwar adalah tempang.

“Sehingga kini saya masih menunggu jawapan rasmi dari Lembaga Pengampunan kerana sampai hari ini walaupun telah berakhir Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh, saya belum mendapat apa-apa jawapan,” katanya ketika ditemui di Mahkamah Tinggi Jalan Duta hari ini.

Sebelum itu, Wan Azizah memfailkan permohonan untuk menyemak keputusan Lembaga Pengampunan yang kononnya telah menolak permohonan pengampunan Diraja terhadap Anwar.

Beliau menggesa lembaga tersebut meneliti kembali permohonan yang dikemukakan mereka sebelum ini berikutan beberapa kelemahan yang didakwa berlaku dalam proses tersebut.

Peguam Anwar, N Surendran sebelum itu mempertikai kehadiran Peguam Negara, Tan Sri Abdul Ghani Patail yang hadir dalam mesyuarat Lembaga Pengampunan walaupun berjanji tidak akan terlibat dalam kes Fitnah II membabitkan Anwar itu.

Tiada ulasan: