HALAMAN SANTAI

Ahad, 28 Jun 2015

Tiada amalan kod pakaian dalam masyarakat majmuk Malaysia, kata pesara awam, peguam

Peguam dan aktivis hak asasi manusia Datuk Ambiga Sreenevasan menegaskan jabatan kerajaan tidak berhak mengamalkan beberapa fahaman sebagai kod etika berpakaian. – Gambar fail The Malaysian Insider, 28 Jun, 2015.Peguam dan aktivis hak asasi manusia Datuk Ambiga Sreenevasan menegaskan jabatan kerajaan tidak berhak mengamalkan beberapa fahaman sebagai kod etika berpakaian. – Gambar fail The Malaysian Insider,



Beberapa bekas penjawat awam berpangkat tinggi dan peguam mengutuk insiden baru-baru ini berhubung penguatkuasaan ketat terhadap kod etika berpakaian di bangunan kerajaan yang disifatkan tidak munasabah dengan mengamalkan budaya umat Islam ke atas penganut agama lain.

Ia juga merupakan tindakan segelintir pihak yang cuba bertindak alim, kata mereka.

Mereka berkata sudah tiba masanya Putrajaya menghentikan dasar ini, sambil menggesa semua barisan kepimpinan mesti mengambil pendirian tegas terhadap mereka yang menafikan hak rakyat untuk mendapatkan perkhidmatan di jabatan kerajaan.


Katanya, Cuepacs sebagai kesatuan dalam perkhidmatan awam tidak sepatutnya menyokong tindakan itu.
Peguam dan aktivis hak asasi manusia Datuk Ambiga Sreenevasan menegaskan jabatan kerajaan tidak berhak mengamalkan beberapa fahaman sebagai kod etika berpakaian.

"Mereka perlu sedar pejabat kerajaan adalah premis awam, memberi berkhidmat kepada orang ramai dan bukan memberitahu mereka tentang bagaimana cara berpakaian.

"Mereka sudah melampau untuk menguatkuasakan kod etika berpakaian, siapa yang beri mereka kuasa," katanya.

Katanya, ini bukan budaya Malaysia dengan meminta masyarakat mengikuti trend golongan konservatif yang semakin meningkat.

"Ini bukan budaya Malaysia, siapakah yang mempunyai hak untuk mengamalkan budaya ini kepada semua orang tanpa perbincangan atau perjanjian?

"Ia mengenai amalan unilateral atau satu sistem baharu yang belum dibincangkan secara meluas dan terbuka," katanya.

Ambiga berkata, tindakan melarang orang ramai tidak berpakaian sopan ketika berurusan di jabatan kerajaan adalah hanya pendapat dan perkara terpencil kerana pintu depan pejabat tidak memaparkan kod etika berpakaian kepada umum.

Bekas diplomat Datuk Noor Farida Ariffin (gambar, kiri) daripada kumpulan terkemuka Melayu atau G25, tertanya-tanya sama ada insiden itu berpunca daripada pengawal keselamatan sendiri atau arahan yang dikeluarkan pihak atasan mereka.

Walau apa pun, katanya, penyediaan kain sarung untuk menutup bahagian badan "terdedah" menunjukkan perkembangan amalan agama bersifat konservatif yang semakin meningkat di kalangan orang Melayu Islam.

"Ia menunjukkan tidak ada sikap toleransi di kalangan masyarakat Islam di negara ini dan sanggup untuk mengamalkan nilai Islam ke atas penganut agama lain.

"Ia juga menunjukkan mereka kurang menghormati kaum lain dan budaya lain," katanya.

Bekas Ketua Setiausaha Kementerian
Pengangkutan Tan Sri Ramon Navaratnam (gambar, kanan) berkata kes ini sebagai cubaan segelintir masyarakat yang berlagak alim.

"Anda tidak berhak menentukan cari hidup seseorang, mereka perlu ada rasa hormat diri dengan memberi pertimbangan yang sewajarnya melainkan jika orang itu berpakaian menjolok mata.

"Tetapi mereka tidak memakai bikini atau seluar dalam, jadi tiada apa isu yang timbul, mengapa mereka marah bila orang pakai skirt atas paras lutut," kata pengerusi Pusat Pengajian Dasar Awam Asli itu.

Ramon berkata ini tidak pernah berlaku ketika beliau masih dalam perkhidmatan kerajaan, apabila wanita memakai pakaian singkat, malah secara falsafahnya mereka bebas membuat pilihan.

"Kami lebih bertamadun dan berfikiran luas, lebih terbuka, lebih bertolak ansur dan penyayang.
"Sekarang segelintir masyarakat dan pemerintah cuba untuk mentadbir negara," katanya.

Peguam Latheefa Koya (gambar, kiri) mengaitkan kod etika berpakaian dengan fahaman konservatif yang cuba diperbesarkan sambil menambah ia adalah tidak perlu kerana rakyat Malaysia kebanyakannya tidak berpakaian sopan.

Beliau berkata, kod etika berpakaian adalah satu garis panduan semata-mata dan tidak boleh dikuatkuasakan sebagai undang-undang.

Katanya, isu kod etika berpakaian adalah sebagai melampau kerana ia juga mengehendaki lelaki memakai baju berkolar dan berkasut.

"Ini jelas kes tersebut tidak kena pada tempatnya kerana ini menafikan hak masyarakat tertentu untuk mendapatkan perkhidmatan kerajaan," katanya.

Peguam itu juga mengingatkan Cuepacs penjawat awam yang berada di sana perlu berkhidmat dengan orang ramai tanpa mengira cara mereka berpakaian dan tidak patut untuk mengambil tindakan berhubung cara berpakaian dan fesyen mereka.

Putrajaya perlu ambil pendirian tegas berhubung penguatkuasaan kod etika berpakaian Latheefa berkata sudah tiba masanya untuk garis panduan berpakaian dikaji semula.

Sementara itu, Ambiga berkata tindakan undang-undang boleh diambil jika seseorang tidak dibenarkan masuk dan tidak boleh berurusan di sebuah jabatan kerajaan.

"Katakan mereka datang untuk mendapatkan lesen dan tidak dapat memasuki bangunan, dan tidak boleh menyelesaikannya, mereka akan mempunyai kesan terhadap undang-undang,"katanya.

Ramon menggesa kerajaan menyelesaikan kemarahan terbaru ini, dengan berkata jika tidak orang ramai akan takut dan marah terhadap jabatan kerajaan.

"Perkara terbaik yang sepatutnya dilakukan kerajaan sekarang ialah menyatakan pendirian dengan jelas atau mungkin berdepan dengan kemarahan rakyat," katanya.

Noor Farida juga menggesa kerajaan mengarahkan agensinya berhenti menguatkuasakan kod etika berpakaian mulai sekarang, sambil menambah ia tiada asas daripada segi undang-undang.

"Kerajaan perlu menghentikan amalan tidak sihat ini.

"Sebagai orang awam, walaupun mereka melanggar undang-undang dengan berpakaian tidak senonoh, namun hak mereka untuk mendapatkan perkhidmatan tidak boleh dinafikan hanya kerana tidak mengikut kod etika berpakaian yang ditetapkan setiap agensi," katanya.

Beliau juga mengecam Cuepacs, sambil berkata amat terkejut dengan tindakan mereka menyokong tindakan penjawat awam yang memberikan kain sarung kepada orang awam berpakaian "tidak sesuai".

"Pada pandangan saya, ini sama seperti dasar moral dan tiada keperluan kepada Ceupacs untuk menyokong tindakan penjawat awam itu," katanya.

Seorang pengawal keselamatan di Jabatan Pengangkutan Jalan menerima cemuhan di media sosial kerana menyuruh seorang wanita yang datang di pejabat JPJ di Gombak memakai kain sarung.

Wanita terbabit memakai skirt atas paras lutut.

Pada 16 Jun lalu, seorang lagi wanita diminta untuk menutup kakinya sebelum dia dibenarkan masuk ke dalam Hospital Sungai Buloh.

Dia tidak diberikan kain untuk dipakai sebaliknya menutup badannya menggunakan selimut hospital.

Beberapa minggu kemudian, 2 wanita dihalang daripada memasuki ibu pejabat kerajaan negeri Selangor di Shah Alam kerana memakai skirt di atas paras lutut.

Pihak JPJ dan hospital mengeluarkan permohonan maaf kepada wanita yang terlibat dalam 3 kejadian itu, selepas mereka mendapat cemuhan orang ramai termasuk daripada bekas menteri.

Cuepacs bagaimanapun memuji tindakan kakitangan di pejabat tersebut yang menggunakan wang mereka sendiri untuk membeli kain untuk diberikan kepada orang awam yang tidak berpakaian sopan.

Mereka juga menggesa sesiapa yang ingin memasuki bangunan kerajaan mematuhi kod etika berpakaian bagi mengelakkan kejadian sama berulang.

Tiada ulasan: