Wan Junaidi
KUALA LUMPUR - Malaysia menjadi lokasi pilihan pendatang asing tanpa
izin (Pati) kerana kestabilan ekonomi dan politik termasuk peluang
pekerjaan yang banyak.
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr Wan Junaidi Tunku Jaafar berkata, bagi mengekang kemasukan Pati, pelbagai langkah diambil antaranya operasi bersepadu dan memperkasakan kawalan pintu masuk melalui sistem biometrik.
Menurutnya, pemantauan ke atas premis menggaji warga asing dan institusi pengajian yang mengambil pelajar asing turut dilakukan dari semasa ke semasa.

“Pemantau sentiasa dilakukan, majikan dan institusi yang melanggar Akta Imigresen 1959 dan Akta Pasport 1963 akan diambil tindakan secara tegas.
“Bagi tempoh 1 Januari 2015 hingga 23 Jun 2015, 4,379 operasi bersepadu dilakukan Jabatan Imigresen, daripada operasi itu seramai 26,716 Pati dan 299 majikan ditangkap,” katanya kepada Dewan Negara, semalam, bagi menjawab soalan Senator Datuk Adam Hamid.
Adam dalam soalannya tambahannya turut meminta pandangan menteri sama ada kerajaan akan meminda undang-undang sedia ada bagi mengenakan tindakan tegas terhadap Pati termasuk mengenakan hukuman penjara dan sebatan.
Menurut Wan Junaidi, fenomena penghijrahan Pati dari satu negara ke negara adalah fenomena global.
Beliau berkata, kerajaan perlu mengkaji terlebih dahulu sebelum memutuskan untuk meminda perundangan sedia ada.
“Ada banyak perkara perlu diambil kira. Hukuman mendera akan jejaskan imej negara,” katanya.
Sementara itu, Senator Chong Sin Wong turut bertanyakan kepada menteri apakah usaha yang dilakukan kerajaan bagi menjernihkan nama negara berikutan isu pemerdagangan manusia.
Wan Junaidi berkata, majikan yang tidak membayar gaji dan mengeksploitasi pekerja asinglah yang sebenarnya melakukan pemerdagangan manusia.
“Mereka (majikan) inilah yang tergolong dalam pemerdagangan orang, bukan hanya yang berlaku di sempadan Thailand baru-baru ini.
“Dewan Rakyat sudah meluluskan Akta Anti Pemerdagangan Orang, bila dilaksanakan kedudukan negara akan lebih baik,” katanya.
Menurut The Huffington Post, kedudukan Malaysia pada Tahap Ketiga (Tier 3) dalam laporan antipemerdagangan orang Amerika Syarikat (AS) mungkin menyebabkan negara ini terkeluar daripada perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPP).

Tiada ulasan:
Catat Ulasan