HALAMAN SANTAI

Selasa, 30 Jun 2015

Peguam Mahu Dapatkan Perintah Tahanan Kediaman Untuk Anwar

Oleh: RASHVINJEET S. BEDI


Anwar Ibrahim
Datuk Seri Anwar Ibrahim
 
 
 
PETALING JAYA: Peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu beliau ditahan di bawah tahanan kediaman bagi membolehkannya mendapat akses rawatan dan penjagaan kesihatan.

Peguamnya R. Sivarasa mendakwa kesihatan Anwar merosot dengan cepat di penjara Sungai Buloh kerana tidak diberikan akses kepada rawatan yang diperlukan.

Bekas Ketua Pembangkang itu sebelum ini telah dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur pada 2 Jun sebelum dibenarkan keluar pada 5 Jun.

Dalam satu kenyataan pada Selasa, Sivarasa mendakwa doktor memberitahu Anwar bahawa beliau memerlukan penilaian dan rawatan lanjut berkaitan beberapa isu perubatan termasuk tekanan darah yang tidak teratur, ketumbuhan 4cm pada buah pinggang yang memerlukan imbasan CT, gastritis yang memerlukan diet bebas gluten, dan otot bahu yang koyak dan artritis kronik yang memerlukan rawatan fisioterapi intensif.

Menurut Sivarasa pihak penjara memberitahu tidak menerima sebarang laporan perubatan dari hospital yang meminta ujian lanjut dan tidak ada kemudahan untuk ujian atau rawatan kepada keadaannya itu.

"Anwar yang ditahan dalam kurungan sel kosong yang terdedah, bersama baldi untuk mandi, tandas cangkung, dan dalam keadaan yang panas dan lembap dengan pengudaraan minimum memburukkan lagi masalah kesihatannya," kata Sivarasa, sambil menambah Anwar telah kehilangan 6kg sejak dia ditahan.

Anwar dihukum penjara pada bulan Februari selama lima tahun bagi kesalahan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008.
 
 

Tiada ulasan: