Penduduk terpaksa mengangkut air dari lori tangki selepas berlaku gangguan bekalan air sejak seminggu lalu.
BALAKONG – “Nak tercabut rasa tulang ni bila kerja asyik angkut air
saja setiap hari, nak harap ahli keluarga lain mereka bekerja bila lori
tangki Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) datang ke sini,” kata
warga emas, Wong Ah Moi, 80.
Dia yang tinggal di Taman Bukit Belimbing di sini berkata, disebabkan mahu menggunakan air dihantar sebagai minuman, dia terpaksa memindahkan air dari baldi ke dalam tong yang bersambung dengan sistem penapis air.
“Saya tinggal bersama lima ahli keluarga lain dalam rumah ini, tapi bila lori Syabas yang tak tentu masa datang hantar air, hanya saya berada di rumah manakala yang lain keluar bekerja.
“Nak tak nak terpaksa juga angkut air dari lori Syabas bawa ke tong besar, kemudian berulang-alik pula pindahkan air dari garaj ke dalam rumah untuk kegunaan tandas,” katanya air putus dua kali berturut-turut sejak seminggu lalu.
Ah Moi yang terpaksa mengigihkan diri mengangkut air meskipun usia lanjut berkata, jika dia tidak berbuat demikian, ahli keluarganya akan berdepan masalah kekurangan air untuk kegunaan harian.
Suri rumah, Hesti Fatiah, 34, berkata, dia yang mempunyai dua anak kecil berdepan kepayahan apabila perumahan itu terputus bekalan air sejak seminggu lalu.
“Air ni kejap-kejap ada, pastu tak ada balik, memang segala benda akan terbantut... Susah nak masak, urus anak-anak kecil lagi...aduh memang payah.
“Sampai bila nak hadap benda ini, sejak kena angkut air, badan mudah letih dan sakit, bukannya ringan jauh pula tu nak bawa baldi,” katanya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan