HALAMAN SANTAI

Selasa, 30 Jun 2015

Laporan WSJ, PAC akan soal bos 1MDB

MALAYSIAKINI


 


Jawatankuasa Kira-kira Awam Negara (PAC) akan menyoal eksekutif 1MDB mengenai dakwaan yang dibangkitkan oleh Wall Street Journal (WSJ) minggu lalu apabila mereka memberi keterangan pada awal bulan Ogos, kata pengerusi PAC, Datuk Nur Jazlan Mohamed.

Bagaimanapun, buat masa ini, jawatankuasa itu tidak akan memanggil saksi baru, termasuk dari Yayasan Rakyat 1Malaysia (YR1M).

Nur Jazlan berkata ini supaya PAC boleh memberi tumpuan kepada mereka yang terlibat dalam urus tadbir 1MBD terlebih dahulu, iaitu Kementerian Kewangan, CEO, juruaudit, dan pengarah.

Beliau memberitahu Malaysiakini, saksi tambahan, jika dianggap perlu, hanya akan dipanggil selepas ia dilakukan.

"Ya (kita akan panggil YR1M untuk soal) jika ada keperluan kerana didakwa Genting menyumbang kepadanya," katanya.

Satu-satunya kaitan langsung kepada 1MDB, kata Nur Jazlan ialah melalui pegawai yang berkaitan (iaitu) perdana menteri dan pegawai-pegawainya dan (pengerusi 1MDB) Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin.

Beliau berkata jawatankuasa itu perlu menyemak sama ada benar 1MDB membiayai YR1M, sambil menambah bahawa untuk berurusan dengan 1MDB sahaja, akan mengambil masa.




Tiada ulasan: