Ibu 'Yaya' menunjukkan gambar anaknya yang mengalami kecederaan ketika menjalani rawatan di HRPZ II.
KOTA BHARU - Kanak-kanak yang didera ibu tirinya, Nur Zuliana Zaara,
5,sehingga mengalami kecederaan parah turut mengalami masalah usus kecil
berpusing yang menyebabkan dia sukar makan dan minum seperti sedia
kala.
Keadaan terbabit dipercayai berlaku akibat kecederaan yang dialaminya
berkemungkinan akibat dipijak atau ditekan di kawasan perut.
Pengarah Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) Datuk Dr Ghazali
Hasni Md Hassan berkata, mangsa baru sahaja menjalani pembedahan major
bagi membetulkan keadaan ususnya itu yang mengambil masa satu jam dari
10.30 hingga jam 11.30 pagi tadi.
"Ini memandangkan, dia tidak dapat makan dan minum dengan baik dan kita
harap selepas mejalani pembedahan itu keadaanya beransur pulih.
"Ia dilakukan memandangkan tali perut kanak-kanak itu tidak berada
dalam keadaan normal dan ia menimbulkan masalah kepadanya dan selepas
selesai sesi pembedahan dia akan direhatkan dalam bilik bedah," katanya
kepada media.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan sidang media di HRPZ II di sini, hari ini.
Turut hadir Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kelantan, Mohamad Hanafi Maulud.
Ghazali berkata setakat ini pihaknya masih memantau keadaan kanak-kanak itu bagi melihat perkembangan selanjutnya.
Sementara itu, Hanafi berkata, hak penjagaan Nur Zuliana Zaara akan
diberikan sepenuhnya kepada ibu kandungnya Sana Abdul Malek, 28.
"Ini memandangkan setakat ini hanya ibunya sahaja yang layak menjaganya dan kita telah mendapat persetujuan dari wanita itu.
"Kita juga turut memberi kaunseling kepada ibu kanak-kanak itu yang trauma melihat keadaan anaknya yang didera," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan