HALAMAN SANTAI

Isnin, 27 Julai 2015

1MDB: Pemilik syarikat dibebas dengan ikat jamin

1MDB
1Malaysia Development Berhad
 
 
SHAH ALAM -  Individu ketiga yang ditahan Pasukan Petugas Khas yang menyiasat kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dibebaskan dengan ikat jamin RM50,000.

Majistret Nik Isfahanie Tasnim Ab Rahman membenarkan pemilik sebuah syarikat perdagangan yang berpusat di Setapak itu dibebaskan dengan dua penjamin.

Tempoh reman yang bermula pada 24 Julai berakhir pada hari ini.

Menurut laporan sebuah portal yang memetik jurucakap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), suruhanjaya itu membuat keputusan untuk tidak melanjutkan perintah reman kerana sudah mengambil keterangan individu tersebut.

Pemuda berusia 28 tahun itu merupakan individu ketiga daripada lima individu yang ditahan reman Pasukan Petugas Khas bagi membantu siasatan kes 1MDB.

Perintah reman itu bertujuan membantu siasatan mengikut Seksyen 16(a) Akta SPRM 2009 iaitu meminta atau menerima rasuah.

Difahamkan lelaki berkenaan ditahan di pejabat SPRM pada jam 10.45 malam Jumaat ketika tampil secara sukarela untuk memberikan keterangan.


Tiada ulasan: