1Malaysia Development Berhad
SHAH ALAM - Pihak syarikat 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) hari
ini mengesahkan bahawa beberapa orang pegawai daripada Pasukan Khas yang
sedang menjalankan siasatan terhadap 1MDB, hadir ke pejabat mereka,
hari ini.
Menurut kenyataan 1MDB, pegawai terbabit telah dibekalkan dengan beberapa dokumen dan barangan untuk membantu siasatan yang sedang dijalankan.
“1MDB memberikan sepenuh kerjasama kepada Pasukan Khas ini dan semua pihak berkuasa yang berkenaan.
“Kami menekankan kedudukan kami sebelum ini bahawa jika terdapat sebarang salah laku, tindakan harus diambil oleh pihak berkuasa yang berkenaan, mengikut proses yang wajar dan mengikut undang-undang negara,” petik kenyaatan rasmi 1MDB.
Terdahulu, pejabat 1MDB di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur diserbu polis, hari ini.
Menurut laporan media tempatan, serbuan tersebut bermula pada jam 10 pagi tadi.
Difahamkan serbuan dibuat oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Bukit Aman.
Tiga kereta peronda dan sebuah van polis kelihatan di luar Menara IMC berkenaan.
Sebelum ini, Pasukan Petugas Khas membekukan enam akaun bank pihak-pihak yang terlibat dengan isu dakwaan penyaluran dana badan pelaburan kerajaan, 1MDB ke akaun peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan