HALAMAN SANTAI

Sabtu, 25 Julai 2015

Faktor masa jadi penentu perbezaan Harapan Baru

 Sivamurugan Pandian
Sivamurugan Pandian
 
 
SHAH ALAM – Hanya masa yang akan menentukan perbezaan antara Gerakan Harapan Baru (Harapan Baru) dengan parti serpihan Pas sebelum ini, demikian menurut pendapat penganalisis politik, Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian.

Menurutnya, survival Harapan Baru yang ditubuh bergantung kepada masa untuk membentuk peranan yang diwujudkan oleh gerakan tersebut.

“Saya rasa masa akan tentukan sejauh mana Harapan Baru ini berbeza dari parti parti serpihan Pas lain sebelum ini. Kita kena terima bahawa keadaan dahulu dengan sekarang tidak sama.

“… Situasi sudah berubah. Apa pun, bergantung kepada Harapan Baru untuk bentuk peranan yang mereka mahu lakukan.

Adakah Harapan Baru ‘berfungsi’ semata-mata alternatif kepada Pas, atau untuk memenuhi kerjasama di bawah PR,” katanya ketika dihubungi Sinar Online, hari ini.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam satu temubual eksklusif dengan Channel NewsAsia baru-baru ini berkata, mana-mana parti serpihan Pas tidak akan bertahan lama, malah akan berkubur dalam masa dua tahun.

Mengulas lanjut, Abdul Hadi berkata, ia dilihat berdasarkan pengalaman lalu apabila terkuburnya Hizbul Muslimin (Hamim), Barisan Jamaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa) dan Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim).

“Jika tujuan penubuhan Harapan Baru adalah untuk bantu PKR dan DAP, parti itu mungkin boleh bertahan.

“Bagaimanapun, ia masih bergantung juga dengan sokongan rakyat terhadap parti baharu tersebut,” katanya lagi.


Tiada ulasan: