Kerajaan bimbang jika berita yang dilaporkan itu
merupakan pembohongan untuk menjatuhkan pemerintah maka pilihan terbaik
bagi kerajaan dengan menggantung sementara akhbar berkenaan.
PETALING JAYA: Tindakan menggantung penerbitan akhbar The Edge bagi melindungi negara daripada keganasan politik dan memelihara ketidakstabilan ekonomi.
Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN), Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, kerajaan bimbang sekiranya berita yang dilaporkan itu merupakan pembohongan semata-mata.
“Oleh kerana itu, menjadi kewajipan kepada kerajaan untuk mengambil tindakan ini bagi melindungi negara,” katanya menerusi kenyataan media di Facebooknya.
Abdul Rahman berkata, The Edge sepatutnya menyerahkan dokumen yang mengandungi dakwaan terhadap 1MDB kepada pihak berkuasa bukannya menyiarkan maklumat itu tanpa diketahui kesahihannya.
“Sementara menunggu hasil siasatan menyeluruh, pilihan terbaik yang kerajaan ada ialah menggantung sementara penerbitan media ini.
“Adalah salah untuk mereka menerbitkan sesuatu laporan yang serius tanpa diketahui kesahihannya,” katanya lagi.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu menasihatkan orang ramai supaya menunggu siasatan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) termasuk soal siasat terhadap pengurusan tertinggi 1MDB pada Ogos ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan