HALAMAN SANTAI

Ahad, 5 Julai 2015

Haron Din tegur sikap suka 'janji Melayu'

Haron Din
Haron Din sedang memberikan ucapan sempena Majlis Iftar Amal Institut Tahfiz Darul Fuqaha di Everly Putrajaya hari ini.
 
 
PUTRAJAYA - Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din menegur sikap  orang Melayu yang seringkali melanggar janji mereka apabila membuat janji.
 
Berkongsi pengalamannya, Haron Din berkata beliau rimas dengan sikap orang Melayu yang sering berjanji tetapi tidak 'pandai' untuk menunaikannya.
 
"Ini pengalaman saya, saya sudah naik rimas dengan orang-orang macam ini (mungkir janji) baru-baru ini ada orang hendak jumpa saya janji pukul 2 petang tapi pukul 3:05 petang baru sampai. Kita kena tunggu sampai satu jam.
 
"Ada lagi satu janji hendak jumpa pukul 8 malam, tetapi pukul ‎9 malam baharu sampai (mula-mula janji macam-macam kita layanlah tetapi sebaliknya janji tidak ditepati.
 
"Ingat ciri-ciri orang munafiq adalah memungkiri janji apabila mereka berjanji," katanya  ‎ketika menyampaikan ucapan sempena Majlis Iftar Amal Institut Tahfiz Darul Fuqaha di Everly Putrajaya, semalam.
 
Oleh itu, Haron berkata sebagai orang Melayu yang beragama Islam kita perlu merubah perangai tidak baik tersebut.
 
"Kita perlu ubah..Islam ajar kita perkara-perkara yang baik, ikutlah," ujarnya.
 
Sementara itu, Haron berkata beliau kagum dengan akhlak rakyat Jepun dalam perkara menepati masa.
 
"Sewaktu saya di Jepun, saya hadir seminar Islam di Jepun, saya pelik ‎program mula pukul 9:03 pagi...Dalam hati saya kata apa hai 3 minit. Rupa-rupanya 3 minit itu diberi ruang kepada orang ramai untuk memenuhi dewan, tepat 9:03 pagi orang dah penuh dan acara terus bermula, tepat.
 
"Oleh itu kita perlu mencontohi perangai baik mereka ini," katanya.
 
 

Tiada ulasan: