MICHAEL MURTY
Pua berkata sangat
berminat untuk melihat dokumen yang menunjukkan isterinya mempunyai RM3
juta dalam akaun luar negara. - Foto fail TRP
KUALA LUMPUR, Tony Tan Chee Chong yang sebelum ini
merupakan pembantu Ahli Parlimen DAP, Teresa Kok sehingga 2005, mendakwa
isteri Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua mempunyai wang
sebanyak RM3 juta dalam akaun di luar negara.
Beliau menggesa Pua untuk memberi
respons dalam minggu ini atau beliau akan mendedahkan kepada umum
berserta bukti yang dimilikinya.
“Kita tahu cara beliau, kita ada bukti
tetapi kita mahu beliau bercakap mengenainya,” katanya dalam sidang
akhbar di Petaling Jaya.
Katanya Pua sering mengkritik kerajaan kerana tidak telus dalam akaun mereka.
“Sebab itu saya meminta beliau mengisytiharkan asetnya dan beri maklumat mengenai kekayaan isterinya.
“Saya mempunyai maklumat dari tiga ahli DAP yang mengatakan isterinya mempunyai banyak aset di luar negara.
“Saya juga meminta beliau supaya bekerjasama dalam hal ini dan memberi respons terhadap dakwaan ini.”
Katanya beliau tidak berminat untuk membuat dakwaan, jadi beliau meminta Pua memberi respons.
Dalam responsnya, Pua pula berkata tidak sabar untuk melihat bukti yang akan didedahkan itu.
“Saya juga berminat untuk melihat dokumen yang menunjukkan isteri saya mempunyai RM3 juta dalam akaun luar negara,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan