THE RAKYAT POST
Kajian menunjukan kemungkinan sebanyak 95% manuskrip itu bertarikh dari 568 sehingga 645. Foto: BBC
LONDON, Kaedah Radiokarbon telah menjumpai kewujudan sebuah manuskrip terawal yang berusia kira-kira 1,370 tahun.
Halaman-halaman tulisan suci Islam ini hanya terkubur di perpustakaan universiti tanpa dikenali lebih daripada seabad, lapor BBC.
Menurut pakar Perpustakaan British, Dr
Muhammad Isa Waley, ini adalah satu penemuan yang sangat menarik dan
menggembirakan umat Islam yang lain.
Manuskrip itu telah disimpan bersama
koleksi buku-buku serta dokumen di Timur Tengah tanpa diketahui
kewujudan serpihan Al-Quran tertua di dunia itu.
Hasil siasatan sangat mengejutkan
apabila seorang pengkaji PhD menyiasat dengan lebih lanjut terhadap
halaman-halaman itu dengan menggunakan kaedah radiokarbon.
Pengarah Universiti dalam koleksi khas,
Susan Worral berkata, para pengkaji tidak menyangka usia Al-Quran itu
boleh menjadi sebegitu tua.
“Penemuan serpihan Al-Quran tertua di dunia itu menjadikan kajian ini bertambah menarik.”
Penyelidikan yang dijalankan oleh
Universiti Oxford menunjukan serpihan-serpihan yang ditulis di atas
kulit biri-biri dan kulit kambing adalah serpihan tertua yang masih
bertahan.
Ujian itu menunjukan kemungkinan sebanyak 95% manuskrip itu bertarikh dari 568 sehingga 645.
“Manuskrip itu membolehkan kita
mengimbas kembali ke beberapa tahun lepas di mana penemuan Islam
ditemui,” kata David Thomas, Proffesor Universiti Agama Kristian dan
Islam.
“Menurut kepercayaan agama Islam, Nabi
Muhammad telah menerima wahyu yang berupa Al-Quran antara tahun 610 dan
632 masihi iaitu tahun kematiannya.
Profesor Thomas berkata, kaedah folio
Birmingham menunjukan kemungkinan besar individu yang menulis manuskrip
Al-Quran itu masih hidup ketika zaman Nabi Muhammad.
“Penulis itu mungkin sangat mengenali
Nabi Muhammad. Beliau juga berkemungkinan berjumpa denganNya, mendengar
kutbahNya. Beliau mungkin mengenali beliau secara peribadi- dan ini
adalah sesuatu yang menakjubkan,” kata beliau.
Profesor Thomas berkata bahawa sebahagia
daripada ayat-ayat Al-Quran telah diturunkan pada kertas, batu, daun
sawit juga tulang belikat unta. Namun versi akhir telah dikumpulkan
dalam bentuk buku yang lengkap pada 650.
Beliau berkata “bahagian-bahagian
Al-Quran yang tertulis pada manuskrip itu dipercayai bertarikh kurang
daripada dua dekad selepas kematian Nabi Muhammad”.
“Kandungan manuskrip ini dilihat hampir
dengan Al-Quran yang digunakan sekarang, ada yang mengalami sedikit
perubahan ada juga yang masih tidak berubah sehingga ia dipercayai
hampir sama dengan tarikh ia didedahkan.
Manuskrip yang ditulis dalam tulisan “Hijazi” dikenali sebagai bentuk tulisan Arab tertua di dalam serpihan Al-Quran.
Walau bagaimanapun, sukar untuk
mengatakan ianya adalah yang tertua kerana kaedah “radiokarbon”
menghasilkan jangka umur berbeza kerana terdapat beberapa manuskrip lain
yang mungkin bertindih.
Tetapi penemuan terbaru Birmingham (645) akan diletakkan sebagai penemuan yang tertua antara yang lain.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan