HALAMAN SANTAI

Jumaat, 24 Julai 2015

Justo ditawar RM7.6 juta untuk dedah maklumat

Isu 1MDB: Bekas pekerja PetroSaudi ditahan polis
Justo ditahan polis Thailand.


BANGKOK - Bekas eksekutif Pengarah Petrosaudi International Ltd, Xavier Andre Justo mendakwa ditawar AS2 juta (RM7.6 juta) oleh seorang ahli perniagaan dari Malaysia untuk maklumat yang diambil daripada bekas majikannya.

Memetik laporan The Straits Times, Justo bagaimanapun mengakui tidak pernah menerima sebarang bayaran seperti dijanjikan.

"Perjanjian yang dicapai di Singapura sebelum ini mengenai penjualan dokumen juga membincangkan bagaimana prosedur itu akan dibayar. Saya cuba untuk membuka akaun di Singapura, mempunyai wang yang dibayar secara terus dari akaun (pembeli).

"DBS Bank menolak, saya tidak tahu mengapa. Selepas itu saya membuka akaun di Abu Dhabi di atas nama peribadi saya sendiri yang telah ditolak oleh (pembeli) kerana ia mempunyai nama saya di atasnya,” katanya.

Justo yang kini yang kini dipenjara di Thailand kerana dakwaan cuba memeras ugut dilapor telah menamakan semua individu yang ditemuinya di Singapura untuk perundingan penjualan data di dalam pengakuan 22 muka surat yang dibuat kepada polis Thailand.

"Saya cuba menggunakan akaun syarikat sendiri di Hong Kong dan pembeli berkata yang sama, selepas itu prosedur adalah melalui syarikat Luxembourg dan sekali lagi (pembeli) enggan dan selepas itu Clare Brown (editor Sarawak Report) mendahului.

“Jadi saya sepatutnya pergi ke Singapura setiap minggu atau setiap minggu lain untuk menerima sampul surat dengan beberapa ribu atau berpuluh-puluh ribu, dan ulangi proses ini selama berbulan-bulan sehingga jumlah akhir akan dibayar, namun saya tolak," katanya.

Pengakuan itu dikatakan disokong oleh dokumen termasuk rekod perbualan WhatsApp dengan pembeli.

Dalam pada itu, Justo turut mendakwa pembeli juga menawarkannya untuk membayar dengan wang tunai.

Justo ditangkap di Koh Samui pada 22 Jun atas dakwaan cuba memeras ugut atau cuba melakukan pemerasan.

Beliau dikatakan telah menuntut bayaran sehingga 2.5 juta Swiss franc (kira-kira RM10 juta) daripada PetroSaudi sebagai ganjaran tidak mendedahkan maklumat perniagaan yang telah dicurinya.

Justo berhadapan sehingga tujuh tahun penjara dan denda jika didapati bersalah memeras ugut.

"Semua apa yang ditulis dalam pengakuan saya, sebahagian besar terbukti dengan perbualan e-mel, WhatsApp saya telah dengan (mereka)," katanya.


Tiada ulasan: