THE RAKYAT POST
Pelawat juga diingatkan tidak memberi wang kepada banduan, kerana semua kemudahan asas telah disediakan Jabatan Penjara.
KUALA LUMPUR- Ahli keluarga banduan yang beragama Islam dibenarkan melawat mereka pada Hari Raya Aidilfitri ketiga dan keempat.
Timbalan Pengarah Dasar Kepenjaraan,
Bahagian Dasar Kepenjaraan, Jabatan Penjara, Supri Hashim berkata,
lawatan itu adalah untuk banduan di semua penjara, pusat pemulihan
akhlak dan Sekolah Henry Gurney, dengan waktu perjumpaan ditetapkan
mulai jam 8.15 pagi hingga 4.15 petang.
“Bagi memudahkan urusan lawatan, pelawat diminta membawa kad lawatan dan kad pengenalan masing-masing.
“Mereka tidak dibenarkan memberi sebarang makanan serta minuman kepada penghuni, melainkan yang dibeli dari kantin penjara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Supri juga mengingatkan pelawat tidak
memberi wang kepada banduan, kerana semua kemudahan asas telah
disediakan Jabatan Penjara dan sekiranya ingin berbuat demikian atas
urusan tertentu, seperti yuran peperiksaan, ia hendaklah mendapatkan
resit rasmi sebagai akuan penerimaan.
Pelawat tertakluk kepada akta dan
peraturan penjara yang membolehkan pihak penjara membuat pemeriksaan
fizikal, ketika masuk dan keluar dari penjara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan