HALAMAN SANTAI

Jumaat, 3 Julai 2015

Krisis Pakatan bukan harapan buat BN - Penganalisis

 Oleh Nurshakira Buang

 
Post Pic
 
 
 
SHAH ALAM: Meskipun Pakatan Rakyat kini berdepan dengan pelbagai kemungkinan, namun itu tidak memberikan harapan kepada Umno-Barisan Nasional (BN) Selangor untuk mengambilalih pentadbiran kerajaan negeri itu.
 
Penganalisis politik, Dr Jeneri Amir berkata ini kerana baik Pakatan mahupun Umno-BN kedua-duanya sedang bergelut dengan masalah dalaman parti masing-masing.
 
"Dalam keadaan sekarang ini...kalau esok diadakan pilihan raya saya tidak percaya BN masih ada peluang kerana kedua-dua belah pihak bermasalah," katanya kepada Antarapos.
 
Bagaimanapun, beliau yakin setelah mempertimbangkan beberapa faktor Pakatan masih mempunyai peluang untuk terus memerintah Selangor.
 
"Persoalan sekarang masalah siapa yang lebih besar? Pakatan atau Barisan Nasional (BN)?
 
"Dengan kepimpinan yang lemah dikalangan BN Selangor dan mempertimbangkan semua faktor saya yakin bahawa pihak pembangkang masih berpeluang untuk...dalam konteks nasional Pakatan masih punya peluang untuk memenangi kerusi di situ (Selangor)," katanya.
 
Pada 16 Jun lepas, DAP mengisytiharkan Pakatan Rakyat yang terdiri daripada parti itu, PKR dan PAS tidak lagi wujud apabila Muktamar PAS baru-baru ini memutuskan hubungan dengan DAP dilihat ‘membunuh’ pakatan itu.
 
Namun, pada 21 Jun lepas, Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata kerjasama dan semangat dalam menjalin hubungan kerja antara ketiga-tiga parti itu masih diteruskan.
 
PAS pula menerusi Majlis Syuranya setakat ini dijangka memuktamadkan cadangan memutuskan hubungan dengan DAP selepas Aidilfitri nanti. 


Tiada ulasan: