HALAMAN SANTAI

Rabu, 1 Julai 2015

Lagi kes buli disebar di Facebook

Seorang remaja lelaki itu dipukul, ditendang dan ditampar oleh beberapa remaja lelaki yang lain.

VIDEO INSIDE
buli


PETALING JAYA: Satu lagi rakaman kes buli diviralkan dalam laman sosial membabitkan beberapa remaja lelaki memukul seorang remaja dipercayai di sebuah tempat tertutup.

Dalam rakaman yang berdurasi 1.47 saat yang dimuat naik di laman sosial Friends Of Barisan Nasional itu, seorang remaja dipukul, ditendang dan ditampar oleh beberapa remaja lelaki yang lain.

Malah, rakaman itu juga menunjukkan mangsa cuba dicekik menggunakan getah paip oleh seorang remaja lelaki.

Memetik dari laman sosial itu, kejadian buli tersebut dipercayai berlaku di Tongkang Pechah, Johor.

Menurut sumber laman sosial itu, kejadian tersebut berlaku pada awal bulan ini dan satu laporan polis telah dibuat tetapi pembuli terbabit masih tidak dapat dikesan.


Tiada ulasan: