HALAMAN SANTAI

Rabu, 1 Julai 2015

Murid Orang Asli didakwa diikat dan dipukul kerana dituduh mencuri

 
Murid perempuan yang baru berusia 10 tahun itu dituduh mencuri barangan milik salah seorang guru yang memukulnya.


Siti Nur Azdilia3


PETALING JAYA: Seorang pelajar Orang Asli diikat dan dipukul oleh tiga guru lelaki selepas dia dituduh mencuri daripada salah seorang guru itu.

Kejadian berlaku pada 15 Jun dan didedahkan oleh Centre for Orang Asli Concern’s COAC) menerusi laman sosial Facebook.

Pelajar Tahun 4, Siti Nur Azdilia dari Sekolah Kebangsaan Kuala Betis diikat kemudian dipukul oleh tiga orang guru yang dikenal pasti sebagai Cikgu Saki, Cikgu Arif dan Cikgu Salib.

Ibu saudara mangsa memberitahu mangsa ditendang pada peha selain muka dan lengannya lebam.

Keluarga mangsa merancang untuk membuat laporan polis berhubung kejadian itu.

Nenek kanak-kanak itu, Andak,dikatakan pernah membuat laporan polis pada 27 Jun, tetapi sejurus itu beliau didatangi sahabat salah seorang guru, Cikgu Ali, untuk menakut-nakutkan Andak.

Malah, ketiga-tiga guru itu juga dipercayai dilindungi oleh guru besar dan beberapa guru lain.

Tiada ulasan: