HALAMAN SANTAI

Ahad, 5 Julai 2015

Laporan WSJ : MP Pembangkang dan BN adakan pertemuan 7 Julai, bincang hala tuju negara

Nadia Hanafi


dr_wan_azizah


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akan megadakan pertemuan tergempar bersama ahli-ahli parlimen dari semua parti-parti Pembangkang malah juga dari Umno-Barisan Nasional serta NGO terpilih pada 7 Julai ini di Parlimen.

Katanya ia adalah bertujuan untuk membincangkan keadaan politik terkini dan hala tuju negara berikutan isu terbaru berkaitan laporan Wall Street Journal yang mendakwa sejumlah wang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

“Perkembangan politik terkini tanah air meletakkan kita di beberapa senario yang baru, yang mungkin belum pernah kita alami dalam sejarah negara setakat ini.

“Kegusaran di kalangan rakyat Malaysia akibat perkembangan terkini ini tidak memungkinkan KEADILAN dan parti-parti Pembangkang malah di kalangan Umno-Barisan Nasional sendiri untuk terus berdiam diri,” katanya yang juga Presiden KEADILAN.

Jelasnya, dakwaan berat yang dibuat akhbar Wall Street Journal terhadap Najib Razak kini kelihatan berasas apabila Peguam Negara, Tan Sri Gani Patail, , mengesahkan beliau telah melihat dokumen sama yang dipetik akhbar tersebut dan serbuan terhadap premis ketiga-tiga syarikat yang didakwa terlibat.

“Walaupun kita menanti laporan penuh mengenai kes ini dari semua agensi kerajaan yang bertanggungjawab, namun kita perlu bersedia menghadapi sebarang kemungkinan demi memastikan kepentingan rakyat dan negara terjamin.

“Saya berharap melalui pertemuan ini, Ahli-Ahli Parlimen dari semua parti serta NGO dapat menzahirkan satu keputusan yang melambangkan keprihatinan rakyat seluruh negara kepada kebolehpercayaan rakyat terhadap kepimpinan Dato’ Sri Najib Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan media.

Pada 3 Julai, Wall Street Journal membuat laporan mengejutkan mengenai dapatan penyiasat yang mengaitkan pengaliran dana hampir AS$700 juta ke akaun persendirian Najib.

Tiada ulasan: