HALAMAN SANTAI

Sabtu, 25 Julai 2015

Pecut lari selepas isi minyak penuh tangki

 
Suspek dipercayai warga Singapura melarikan diri selepas mengisi penuh tangki minyak RON97 berjumlah RM78.93.


Pecut-lari



PETALING JAYA: Seorang pelanggan yang dipercayai warga Singapura bertindak memecut meninggalkan stesyen minyak selepas mengisi bahan api dengan penuh tangki.

Kejadian berlaku di Stesen Minyak Petronas Lukut, Negeri Sembilan.

Menerusi satu visual yang dimuat naik di laman Facebook Friends of PDRM, seorang lelaki dipercayai pekerja di kaunter bayaran stesen minyak berkenaan telah mengejar kenderaan berkenaan selepas menyedari ditipu.

Berdasarkan aduan yang dibuat kepada polis, pengadu , Mohd Haziq Razali berkata, suspek memaklumkan ingin mengisi penuh tangki dan memilih minyak jenis RON97.

Bagaimanapun selepas mengisi 30.953 liter dengan bayaran berjumlah RM78.93, pelanggan berkenaan melarikan diri bersama kereta jenis Honda Civic warna putih dengan nombor pendaftaran republik itu.

Dia kemudian cuba mengejar dengan menggunakan motorsikal, bagaimanapun usaha itu gagal.
Add facebook App ID and Secret on admin to make this plugin work

Tiada ulasan: