HALAMAN SANTAI

Khamis, 23 Julai 2015

Pengendali LRT minta kaji semula kadar tambang

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
KUALA LUMPUR:  Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) meminta Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mengkaji semula kadar tambang perkhidmatan tren dibawah kelolaan syarikat itu.
 
Pengarah Urusan Kumpulan Prasarana, Datuk Azmi Abdul Aziz berkata semakan tersebut wajar dilakukan seiring dengan peningkatan kos penyelenggaraan tren
dan kenaikan kadar tarif elektrik.
 
"Semakan kadar baharu itu selain dapat mengimbangi kos sedia ada, juga membolehkan perkhidmatan tren dipertingkat untuk kemudahan orang ramai," katanya selepas sesi taklimat Projek Stesen Aliran Ringan (LRT) bersama media di Stesen Awan Besar, Kuala Lumpur, hari ini.
 
Kali terakhir semakan tambang tren dilakukan adalah pada 2002, katanya.
 
Ditanya mengenai kadar baharu yang sepatutnya ditetapkan, beliau berkata ia bergantung kepada penilaian SPAD.
 
Sementara itu, Azmi berkata empat stesen baharu LRT aliran Ampang fasa pertama akan mula beroperasi pada 31 Oktober ini merangkumi stesen Awan Besar, Muhibbah, Alam Sutera dan Kinrara BK 5.
 
Bagi fasa kedua aliran yang sama pula akan melibatkan tambahan 7 lagi stesen yang sedang dalam penbinaaan dan dijangka beroperasi pada Mac 2016.
 
Selain aliran Ampang, sebanyak 12 stesen baharu bagi laluan Kelana Jaya akan beroperasi pada Jun 2016 melibatkan laluan sepanjang 17.4 km.
 
Dalam pada itu Azmi berkata Prasarana menyediakan 7,000 tenaga kerja bagi operasi tren Makkah Metro di Makkah, Arab Saudi yang akan beroperasi buat pertama kali pada musim haji tahun ini. 
 
"Tren Makkah Metro sepanjang 18 km ini mampu menampung 3,600 jemaah haji dalam satu-satu masa," katanya.
 
Prasarana menjadi syarikat pengendali Makkah Metro yang diberi mandat oleh Kerajaan Arab Saudi memastikan kelancaran pergerakan jemaah pada musim haji kali ini. 


Tiada ulasan: