KUALA LUMPUR: Cadangan penubuhan pakatan pembangkang baru tanpa PAS
masih dalam perbincangan, kata Penasihat DAP Lim Kit Siang.
Beliau berkata perbincangan masih dijalankan antara PKR, DAP dan
Gerakan Harapan Baru (GHB) bagi mewujudkan sebuah pakatan pembangkang
yang baru setelah PAS menamatkan hubungannya dengan DAP.
"Terdapat perbincangan yang sedang berjalan. Dengan berakhirnya Pakatan
Rakyat, diperlukan kenderaan baru di mana harapan dan aspirasi rakyat
dalam pilihan raya umum boleh diteruskan.
"Oleh itu kami telah berbincang mengenai kenderaan baru itu sama ada ia
akan berupa pakatan baru, pakatan rakyat 2.0 atau harapan rakyat. Ia
sedang dalam proses dibentuk," katanya.
Kit Siang berkata PAS tidak akan terbabit dalam pakatan baru yang bakal
diwujudkan kerana beliau mendakwa PAS punca utama 'kematian' Pakatan
Rakyat.
"Semestinya tanpa PAS... Pakatan Rakyat berkubur kerana kepimpinan PAS melanggari dasar bersama yang dipersetujui sebelum ini.
"Mereka gagal untuk mengotakan janji dan tidak boleh dipercayai," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan