THE RAKYAT POST
Kira-kira 100 penyokong
UMNO yang berada di situ bagi memprotes kedatangan Penasihat DAP, yang
juga Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang ke kawasan itu, naik
berang.
JOHOR BAHRU - Kira-kira 100 orang penyokong UMNO naik berang apabila Pengarah DAP Johor, Liew Chin Tong mengeluarkan kenyataan yang seolah-olah menghina parti itu dan Presidennya Datuk Seri Najib Tun Razak.
Dalam ucapan tidak sampai seminit pada
satu majlis di Taman Megah Ria, Masai, dekat sini, hari ini, Anggota
Parlimen Kluang itu antara lain mendakwa orang UMNO kini cuba nak
menumbangkan Najib.
Susulan itu, kira-kira 100 penyokong UMNO
yang berada di situ bagi memprotes kedatangan Penasihat DAP, yang juga
Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang ke kawasan itu, naik berang.
Keadaan menjadi kecoh dan berlaku insiden
tolak menolak antara penyokong UMNO berkenaan dengan Liew dan Lim serta
beberapa lagi pemimpin DAP yang hadir pada majlis sesi ramah mesra DAP
bersama orang Sabah dan Sarawak tersebut iaitu ADUN Pengkalan Rinting
Cheo Yee How dan ADUN Johor Jaya, Liow Cai Tung.
Insiden tolak menolak itu berlaku kira-kira 15 hingga 20 minit sebelum polis campur tangan untuk mententeramkan keadaan.
Pihak polis kemudiannya dilihat
menasihati pemimpin DAP berkenaan untuk membatalkan program selanjutnya
iaitu ‘Walkabout’ di Pasar Borneo berdekatan susulan kekecohan itu.-BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan