THE RAKYAT POST
Jatiah Muadin, 34,
dilihat memberi makan anak-anaknya, Iyaad Marcel, 2, dan abangnya,
Erfan, 7, di kantin Kem Bina Negara hari ini.
KUNDASANG -Jatiah Muadin sekeluarga sekali lagi terpaksa berpindah dan mengosongkan rumah mereka di Kampung Mesilou pagi ini.
Namun kali ini beliau bersendirian
bersama tiga orang anaknya kerana suaminya sedang menjalani kursus
pengurusan keselamatan di Jepun.
“Saya menghantar ‘Whatsapp’ kepadanya
pagi ini, memberitahu bahawa seluruh penduduk kampung dikehendaki
mengosongkan rumah sekali lagi. Dan beliau memberitahu untuk cepat
berpindah demi menjaga keselamatan,” kata wanita berusia 34 tahun itu
yang memaklumkan kepada suami beliau, Marcel Anthony, 34 tahun.
Ketika ditemui di Kem Bina Negara yang
dibuka sebagai pusat pemindahan untuk kira-kira 200 orang daripada 56
keluarga yang dipindahkan dari tanah runtuh yang melanda kampung mereka,
Jatiah berkata, beliau tidak dapat tidur nyenyak sejak kejadian gempa
bumi sekuat 6.0 magnitud menggegarkan Sabah 5 Jun lalu.
“Saya masih merasakan gegaran itu, dan
kampung kami dilanda tanah runtuh. Baru dua minggu kami pulang ke rumah,
sekarang sekali lagi kami diarah berpindah.
“Saya bimbang ini mungkin salah satu
larangan Tuhan di atas apa yang berlaku,” katanya sambil menyuap anaknya
yang berusia dua tahun, Iyaad dan Erfan.
Tambah beliau, selepas sahur angin yang
kuat dan hujan yang lebat membuatkan beliau terjaga daripada tidur dan
memeluk ketiga-tiga anaknya demi keselamatan.
Rakan sekampung beliau, Lamahoi Sobrong, 56 tahun berkata, sebulan lalu merupakan pengalaman tragis yang tidak dapat dilupakan.
Antara penduduk Kampung Mesilou yang
menetap selepas secara rasminya kampung itu dilancarkan pada tahun 1985,
Lamahoi yang berhijrah dari Kampung Kiau di Kota Belud berkata, beliau
mendengar bunyi seperti kapal terbang yang datang dari arah sungai.
“Kira-kira pada jam 3 pagi, kami
diberitahu Sungai Mesilou sudah dilanda tanah runtuh dan kami
dinasihatkan oleh anggota polis serta bomba untuk berpindah dengan
segera.
“Kami bernasib baik kerana sudah mengemas
barang dan juga dokumen-dokumen penting. Kami hanya perlu membawanya
dan tinggalkan tempat itu,” kata Lamhoi yang menceritakan pengalaman
beliau ketika kejadian tanah runtuh melanda kampung mereka yang mengajar
beliau untuk bersedia setiap masa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan