HALAMAN SANTAI

Selasa, 7 Julai 2015

Pertemuan bincang pendedahan WSJ gugat kestabilan politik, kata Zahid

ANTARAPOS.COM


Post Pic



KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Zahid Hamidi membidas tindakan pembangkang mengadakan pertemuan tergempar ahli Parlimen termasuk Barisan Nasional (BN) hari ini bagi membincangkan laporan
The Wall Street Journal (WSJ) yang mengatakan berbilion ringgit disalurkan ke akaun peribadi Datuk Seri Najib Razak, kerana tindakan itu mengugat kestabilan politik, lapor portal Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC).

Menteri dalam negeri itu berkata, tindakan mengadakan pertemuan itu bagi membincangkan hala tuju politik negara seperti diumumkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, adalah sesuatu yang tidak perlu.

“Dari segi perundangan, memang ada asas untuk memanggil (pertemuan) tetapi bagi saya tidak ada keperluan berbuat demikian,” katanya seperti dilaporkan BNBBC.

Katanya, beliau melihat tindakan tersebut hanya mengeruhkan lagi keadaan ketika ini dan pada masa sama berkata menyatakan keyakinan ahli Parlimen BN tetap akan bersama dengan perdana menteri dalam jua keadaan.

Ahli Parlimen progresif dijadualkan mengadakan pertemuan di Parlimen hari ini bagi membincangkan masa depan negara, susulan laporan mengenai berbilion ringgit disalurkan ke dalam akaun peribadi Najib.

itu oleh Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang dan Dr Wan Azizah dan menggesa wakil rakyat BN dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang “tidak suka kepada rasuah” turut menyertai mesyuarat itu.

Sementara itu, Pengerusi BNBBC Tan Sri Shahrir Samad turut menyelar Dr Wan Azizah dengan memintanya membetulkan partinya terlebih dahulu.

Menurut laporan portal BNBBC, Shahrir mengatakan permintaan pembangkang mengadakan pertemuan bagi membincangkan krisis berlaku ekoran daripada laporan WSJ sebagai satu tindakan terdesak bagi menutup kelemahan.

"Dr Wan Azizah patut betulkan 'rumah' dia terlebih dahulu, beliau merupakan ketua pembangkang tetapi DAP sudah isytihar pakatan pembangkang sudah tidak wujud lagi dan sudah memutuskan hubungan dengan PAS.

"Jadi betulkan 'rumah' sendiri jangan nak panggil kita kononnya atas kepentingan negara dan rakyat tetapi sebenarnya cari nama untuk diri sendiri," katanya kepada portal tersebut.

Katanya, BNBBC tetap akan memberi sokongan kepada perdana menteri dan memberi taat setia kepada negara serta Perlembagaan Persekutuan dan bukannnya kepada media asing.

Beliau berkata, pada asasnya pertemuan itu juga tidak perlu diadakan kerana laporan daripada WSJ itu tidak berdasarkan daripada bukti kukuh yang sahih.

"Dalam keadaan ketua pembangkang tidak mendapat sokongan penuh ahli Parlimen pembangkang, sekarang hendak pula diajak ahli Parlimen BN.

"Keadaan ini menunjukkan politik 'oportunis' pembangkang yang menggunakan media asing untuk bertindak dan bukannya berpandukan undang-undang," katanya.

Tiada ulasan: