MALAYSIAKINI
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menafikan cuba melepaskan
MARA yang didakwa pecah amanah dalam pembelian sebuah apartmen di
Australia.
Sebaliknya beliau berkata polis belum menemui unsur-unsur pecah amanah
dan yakin Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memaklumkan
kepada pihaknya jika ada.
“Saya tidak cakap tidak ada penyiasatan. Buat masa ini kita tidak nampak ada unsur-unsur pecah amanah.
“Saya cakap semalam, buat ‘masa ini’ (tiada pecah amanah),” katanya.
Semalam Khalid dilapor memberitahu media bahawa keseluruhan siasatan akan dijalankan oleh SPRM dan polis tidak mendapati tiada unsur pecah amanah.
Khalid juga diminta mengesahkan sama ada Bahagian Jenayah Komersial (CCID) polis tidak akan terlibat.
"Tidak pada masa ini,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan