MALAYSIAKINI
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan menerima keuntungan kasar RM1 juta
hasil premium daripada hak yang diberikan kepada Yayasan Patriot Negara
Malaysia (YPN) melelong nombor plat istimewa "Patriot".
Ia adalah sebahagian kecil daripada pungutan kasar yang dianggarkan
sebanyak RM10 juta diperoleh YPN melalui jualan 9,999 nombor plat
istimewa itu.
Perkara itu diakui oleh Presiden Yayasan Patriot Negara Malaysia(YPN)
Datuk Nadzim Johan kepada pemberita di Kuala Lumpur hari ini.
JPJ tidak akan rugi apa-apa, kata Nadzim, sebaliknya membuat keuntungan walaupun YPN gagal menjual nombor plat berkenaan.
Beliau berkata projek itu dianugerahkan kepada JPJ melalui rundingan
langsung ketika Datuk Seri Hishammuddin Hussein menjadi menteri
pengangkutan sebelum ini.
Presiden YPN Brigadier General Datuk Husainay Hashim pula berkata tidak
pernah mengeksploitasi perhubungannya untuk mendapatkan projek daripada
bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Husainay sebelum ini bertugas sebagai setiausaha kerja Umno.
Beliau menegaskan tiada apa-apa untuk disembunyikan dan mengalu-alukan
perkara sama diajukan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan
timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan