AHMED SYAHRIL ZULKEPLY
Tiga wanita yang mendakwa
dijadikan mangsa jenayah seksual sami yang juga pengasas kuil di Jalan
Air Kuning 1, Setapak, menunjukkan laporan polis bagi mengelak lebih
ramai gadis dijadikan mangsa. -Foto TRP/Ahmed Syahril.
KUALA LUMPUR- Pengasas rumah kebajikan di Jalan Air
Kuning 1, Setapak, dekat sini, dikatakan berlindung di sebalik sikap
`baik dan warak’ sebagai sami, tetapi sebaliknya didakwa mengambil
kesempatan terhadap remaja perempuan dengan mencabul dan merogolnya.
`Lakonan’ sami itu didedahkan tiga
mangsa dalam satu sidang media sebagai memberi amaran kepada pihak lain
supaya tidak mengalami keadaan sama, selepas aduan dibuat di ibu pejabat
polis daerah Sentul, dekat sini.
Mangsa berusia 19 tahun, ketika
mendedahkan perkata itu berkata, beliau bersama ibu bapanya selalu
bersembahyang di kuil berkenaan, yang berhampiran rumahnya sejak 2008,
sebelum sami berkenaan membawanya ke kuil di Seremban pada April 2014
bagi mengikuti upacara sembahyang besar di sana.
“Selesai upacara sembahyang, lebih
kurang jam 12.30 malam, saya yang keletihan dan ingin tidur ditawarkan
sebiji pil berwarna pink olehnya bagi mengurangkan rasa letih.
“Tetapi, saya menolak dan tidak makan
pil itu. Setengah jam kemudian, dia kembali dengan segelas kopi dan
menyuruh saya minum. Selepas minum, saya tertidur tidak sedarkan diri,”
katanya.
Menurut remaja itu, sebaik sedar
kira-kira jam 9 pagi keesokannya, dia mendapati pakaian dalamnya
tertanggal dan berasa sakit pada kemaluan selain ada kesan darah.
“Dia (sami) mengaku ada berbuat
`sesuatu’ kepada saya. Apabila saya menangis, dia memujuk supaya tidak
takut dan meminta saya tidak memberitahu sesiapa kerana bimbang namanya
tercemar,” katanya.
Dua minggu selepas itu, sami berkenaan
dikatakan meminta remaja terbabit mengajar tiga calon Sijil Pelajaran
Malaysia (SPM) di kuil di Seremban sebagai antara program kebajikan
mereka.
“Pada mulanya, dia kata akan pulang hari
sama. Tapi, bila sesi mengajar habis kira-kira jam 11 malam, dia
memberitahu terpaksa bermalam di situ kerana lewat.
“Ketika berehat di dalam bilik, dia
masuk dan meraba serta merogol saya. Sekali lagi, dia berpesan supaya
tidak memberitahu sesiapa dan akan menjaga saya,” katanya yang mengakui
tidak lagi ke kuil berkenaan selepas kejadian kedua itu dan tidak
melaporkan kejadian kepada polis kerana bimbang keluarganya malu.
Sementara itu, dua mangsa lain yang
masing-masing berusia 24 tahun, mengakui pernah dicabul sami berkenaan
ketika mereka berusia 13 dan 14 tahun. Antaranya diraba di bahagian
tubuh, belakang dan dada selain dipeluk dan dicium.
Meskipun, sami berkenaan menjaga
kebajikan kanak-kanak di situ dengan memberikan makanan, pakaian dan
bersikap bagaikan penjaga, pada masa sama, beliau didakwa melakukan
gangguan seksual dengan mengeluarkan kata-kata lucah.
Sekalipun hampir 10 tahun berlalu,
mereka akhirnya mendedahkan kelakukan sami itu dan membuat laporan polis
bagi mengelakkan lebih ramai menjadi mangsa seksual pengasas kuil dan
rumah kebajikan yang berlagak warak itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan