HALAMAN SANTAI

Selasa, 7 Julai 2015

Saya tersepit antara bapa dan ketua – Mukhriz Mahathir

 
Mukhriz mengambil pendirian berdiam diri dan tidak mahu memberi sebarang komen untuk tidak mengeruhkan lagi persengketaan.


mukriz najib


PETALING JAYA: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir mengakui beliau tersepit dengan pertelingkahan yang berlaku di antara bapanya, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Katanya, kedua-duanya dihormati menyebabkan dirinya berada dalam kedudukan yang sangat sukar.

“Saya tersepit di antara dua komponen besar di dalam negara. Satu ketua dan seorang lagi bapa sendiri. Dalam istilah Inggerisnya, ‘stuck between a rock and a hard place’.

“Dua-dua keras, kita duduk di tengah-tengah. Ibarat dalam bahasa Melayu, dua gajah berperang, kita semut-semut ini nak lari ke mana,” katanya dalam Majlis Berbuka Puasa di PWTC pada Ahad.

Mukhriz berkata, disebabkan itu beliau mengambil pendirian untuk berdiam diri dan tidak mahu memberikan sebarang ulasan mengenai perselisihan tersebut.

“Saya berpendirian untuk duduk senyap, tidak mahu komen pandai-pandai, nanti ada yang terguris hati,” ujarnya.

Rakaman ucapan Mukhriz telah dimuat naik oleh jurugambar bebas, Minaq Jinggo dan disebarkan di laman sosial.

“Kalau tanya secara peribadi saya pun ada pendirian, tetapi saya selalu fikirkan apa kesannya kepada parti dan orang Melayu.

“Tapi sabar saya pun ada hadnya,” jelas beliau lagi.
Pada masa sama, beliau turut mengharapkan agar krisis yang berlaku itu selesai dengan aman.

“Saya masih mengharapkan, hari-hari saya berdoa. Apa pun kemelut yang kita hadapi akan selesai,” katanya.

LIHAT VIDEO DI SINI

Tiada ulasan: