HALAMAN SANTAI

Selasa, 7 Julai 2015

MAS didakwa ambil pekerja baru

 
Ahli Parlimen Sepang mendakwa menerima kiriman emel daripada orang dalam MAS yang mendedahkan perkara itu.


Hanipa-Maidin,mas



SHAH ALAM: Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) yang memberhentikan kira-kira 6,000 kakitangan bagi menjimatkan kos operasi baru-baru ini didakwa membuka pengambilan kakitangan baru.

Ahli Parlimen Sepang, Hanipa Maidin mendakwa menerima kirimam emel daripada orang dalaman MAS yang mendedahkan perkara itu.

“Kenapa MAS buang 6; 000 pekerja yang sudah memiliki pengalaman dan kemudian membuka iklan pengambilan pekerjka baru yang memerlukan mereka untuk dilatih semula,” katanya dalam sidang media pada Isnin.

Sehubungan itu, Hanipa menegaskan MAS perlu menjelaskan atau menafikan dakwaan itu.

“Penjelasan daripada MAS sangat penting keraja jika tidak ia akan menimbulkan tanda tanya daripada orang ramai,” katanya lagi.

Tiada ulasan: