Banyak berita-berita yang kurang enak
yang kita dengar melibatkan ekonomi negara hari ini. Satu demi satu
bebanan dicampakkan ke atas rakyat Malaysia yang sedang menampung
lonjakan kos sara hidup di Malaysia yang terus melambung tinggi.
Melihatkan sahaja cukai GST 6% rakyat sudah tidak lalu menghadapinya,
tidak seindah seperti syurga yang diceritakan oleh jurucakap NO.1 GSt
Malaysia, Datuk Seri Ahmad Maslan, betapa baik dan sangat bagusnya GST
kepada rakyat Malaysia.
Suka atau tidak, rakyat Malaysia baik
tua, miskin, lelaki, perempuan, bekerjaya, pelajar sekolah, penganggur
semuanya terpaksa terus melaksanakan tanggungjawab kepada kerajaan bagi
menambah dan memenuhkan kantung kerajaan Malaysia.
Terbaru, kenaikan harga minyak bulan
Julai terus menjadi berita wajib yang perlu diterima rakyat Malaysia.
Naik sahaja memanjang. Rakyat Malaysia bukannya tidak pernah pergi ke
UK. Di sana, harga minyak turun naik setiap hari, tetapi bezanya sistem
di sana sangat telus. Apabila harga minyak dunia turun, harga minyak
yang dijual kepada rakyat UK juga turun. Begitulah juga sebaliknya.
Malangnya, harga minyak di Malaysia
tetap naik walaupun harga minyak dunia turun. Pengiraan apakah yang
digunapakai kerajaan Malaysia kepada rakyat Malaysia?
Nah…..terbaru Cikgu Jay Kassim
telah tampil berkongsi dan meluahkan isi pendapat melihatkan apa yang
berlaku pada hari ini. Cikgu Jay Kassim begitu kesal apabila Datuk Seri
Najib selaku Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Kewangan bersama
barisan kabinetnya dilihat terus gagal menguruskan hal ekonomi dan
pengurusan kewangan negara.
Surat Cikgu Jay Kassim Cikgu MRSM : Tegur PM dan Kabinet Diedahkan
Malah…..aduan, surat dan luahan hati
Cikgu Jay Kassim seperti di bawah ini disokong oleh orang ramai yang
semakin muak dengan cara Datuk Seri Najib Razak menguruskan negara. Anda
boleh semak gambar-gambar yang dikongsikan di bawah ini yang ada
menyentuh isu :
- GST tidak menolong orang miskin
- Dengan kenaikan harga minyak Julai, ia merupakan satu lagi bebanan tambahan kepada rakyat Malaysia
- Kerajaan Malaysia sepatutnya utamakan nasib dan masalah rakyat sendiri
- Cikgu Jay Kassim berharap kerajaan menjadi jaguh kepada rakyat Malaysia, bukannya penindas rakyat marhaen
Berita Semasa difahamkan Cikgu Jay Kassim merupakan seorang guru di sebuah Maktab Rendah Sains Mara MRSM.
Di pihak Berita Semasa, kami ucapkan
tahniah kepada Cikgu Yay Kassim. Malaysia memerlukan lebih ramai rakyat
Malaysia umumnya dan kakitangan awam yang berani seperti ini dalam
melontarkan pendapat.
Bagi Berita Semasa sendiri, sebenarnya
Cikgu Jay Kassim bukanlah “lawan tauke” pun, cuma beliau tampil berani
yang tidak ramai mampu lakukan sepertinya meluahkan masalah rakyat
Malaysia yang terbeban angkara kos sara hidup di Malaysia semakin
melonjak tinggi sekarang.
P/S : What a brave letter from a
government servant! Secara realitinya jarang-jarang sekali Malaysia akan
berjumpa penjawat awam seperti ini kerana……….tetapi cikgu Jay Kassim
cukup berani. Tahniah!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan