Perdana
Menteri yang juga Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Tun Razak
mengumumkan penubuhan Jawatankuasa Khas Ekonomi (JKE) di Bangunan
Perdana Putra hari ini. - Foto Bernama
PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini
mengumumkan pelantikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk
Seri Abdul Wahid Omar sebagai Pengerusi Jawatankuasa Khas Ekonomi (JKE).
Menurut Najib, jawatankuasa ini yang berfungsi untuk mempertimbangkan perancangan serta-merta dan jangka sederhana bagi mengukuhkan lagi asas-asas ekonomi negara termasuk dalam isu-isu semasa seperti nilai ringgit, mengekalkan kestabilan pasaran kewangan serta mengukuhkan keyakinan dalam pasaran modal.
"Selain Abdul Wahid, JKE itu juga dianggotai oleh pakar-pakar ekonomi dan pegawai-pegawai kanan agensi kerajaan. Kita juga akan menjemput mana-mana pihak menyertai mesyuarat JKE yang difikir boleh memberi cadangan kepada usaha melonjakkan ekonomi .
"JKE yang ditubuhkan hanyalah inisiatif jangka pendek yang akan memainkan peranan hingga kemelut ekonomi dunia lega dan stabil," katanya pada sidang media di Bangunan Perdana Putra di sini, hari ini.
Menurut Najib, hasil perbincangan dan laporan jawatankuasa ini akan dilapor terus kepada Perdana Menteri.
Individu yang akan turut menganggotai JKE termasuklah Timbalan Pengerusi Khazanah Nasional Bhd Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, Pengarah Urusan Khazanah Nasional Bhd, Tan Sri Azman Mokhtar, Ketua Penasihat kepada Suruhanjaya Peraturan Perbankan China Tan Sri Andrew Sheng Len Tao, Pengerusi Eksekutif Symphony Life Bhd Tan Sri Mohamed Azman Yahya dan Pengerusi Kumpulan CIMB, Datuk Seri Nazir Razak.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan RAM Holdings Bhd, Datuk Seri Dr K.Govindan, Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia Prof Datuk Moor Azlan Ghazali, Pengerusi Persatuan Bank-bank di Malaysia Datuk Abdul Farid Alias serta Presiden Persekutuan Pekilang-pekilang Malaysia Datuk Seri Saw Choo Boon.
JKE akan diurusetiakan oleh Sekretariat di Unit Perancang Ekonomi (EPU) dengan Timbalan Ketua Pengarah, EPU Datuk K.Yogeesvaran dilantik sebagai ketua sekretariat, katanya.
Najib berkata JKE akan disertai bersama oleh beberapa pegawai tertinggi Kementerian Kewangan, Bank Negara Malaysia, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Suruhanjaya Sekuriti, Pejabat Perdana Menteri dan Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (Ketua Sekretariat, Jawatankuasa Khas Ekonomi).

Tiada ulasan:
Catat Ulasan