![]() |
| Mukhriz ikut jejak ayahnya. |
Orang-orang Umno harus merasa bangga dengan keberanian dan keikhlasan
Mukhriz melemparkan pandangan yang agak kontroversi dan dalam keadaan
pemimpin lain sedang menyelamatkan diri daripada hilang kuasa dan
kedudukan.
Selain membuat cadangan yang bersangkut paut dengan Umno dan tersentuh
batang hidung Najib itu, Mukhriz juga membuat cadangan agar cukai GST
sebanyak 6 peratus dikurangkan sebanyak 3 peratus demi rakyat.
Mukhriz tahu cadangan itu boleh membawa padah
kepadanya, tetapi sebagai seorang pemimpin dia perlu berkata benar dan
berprinsip serta tidak berpura-pura. Apa yang diwairsi dan dilakukan
oleh bapanya kira-kira 46 tahun lalu kini cuba dipraktikan oleh MB Kedah
itu.
Dr Mahathir Mohamad dizaman mudanya telah berjaya meletakkan dirinya
sebagai seorang anak muda yang berani dan lantang apabila mengkritik
kepimpinan Tunku Abdul Rahman Putra al Haj ketika itu perdana menteri
menerusi sepucuk surat layang kemudian menjadi surat terbuka. Dr
Mahathir menyalahkan kepada Tunku Abdul Rahman di atas berlakunya
tragedi 13 Mei. Kemarahan Mahathir kepada Tunku juga apabila beliau
kalah dalam pilihan raya di kerusi Kota Star dalam pilihan raya umum
1969.
Gara-gara kritikan Mahathir menerusi surat itulah yang akhirnya
menyebabkan Tunku Abdul Rahman dilanda masalah dan persepsi buruk yang
mana akhirnya terpaksa meletakkan jawatan sebagai perdana menteri dan
menyerahkan kepada bapak Najib, Razak Hussein. Pengunduran Tunku Abdul
Rahman itu dilihat sebagai kejayaan pertama Mahathir dalam menentang
penguasa politik dan seterusnya meletakkan namanya dalam arena jagat
politik Malaysia.
Tampaknya apa yang pernah dilakukan si ayah itu kini dituruti oleh
sianak pula. Najib pada masa ini adalah presiden Umno dan perdana
menteri Malaysia. Kandati pun cadangan berupa gesaan Mukhriz itu
bersifat umum atas maslahat untuk menyelamatkan parti, tetapi maksudnya
jelas ia ditunding kepada Najib.
Manakala cadangan agar cukai GST itu diturunkan memperlihatkan beliau
sebagai pemimpin yang memahami kehendak dan kesusahan rakyat. Kedua-dua
cadangan itu sudah pasti mempopularkan dirinya dan bakal menjadi aset
politik buat dirinya.
Persoalannya apakah Mukhiz sedang mempersiapkan dirinya menjadi Mahathir
muda dalam Umno yang kini berhadapan dengan kemelut rakyat hilang
kepercayaan kepada presidennya yang juga perdana menteri ekoran terdedah
beberapa skandal sangat mengaibkan itu?
Mukhriz yang membuat gesaan itu ketika merasmikan mesyuarat perwakilan
di Kapar berharap ahli-ahli Umno akan menyokong cadangannya itu.
Katanya, biarlah pemimpin Umno disingkir oleh ahli-ahli Umno daripada
ianya ditolak dalam pilihan raya. Pada saya pandangan dan pendirian
Mukhriz itu sangat tepat dan perlu disokong.
Mungkin Mukhriz sudah bersedia menerima risiko disebalik cadangannya
itu. Walaupun ia amat praktikal serta menempati kehendak rakyat, tetapi
memberi konotasi bahawa beliau tidak senang dengan Najib Razak sebagai
perdana menteri kini. Pendolor Najib akan mentafsirkan Mukhriz sebagai
pengkhianat.
Sebab itu dikatakan gesaan itu adalah satu langkah berani oleh seorang Pengerusi Perhubungan Umno negeri. Saya tidak nampak ada pengerusi perhubungan negeri-negeri lain yang seberani Mukhriz walaupun mereka juga tidak senang dengan Najib.
Sebab itu dikatakan gesaan itu adalah satu langkah berani oleh seorang Pengerusi Perhubungan Umno negeri. Saya tidak nampak ada pengerusi perhubungan negeri-negeri lain yang seberani Mukhriz walaupun mereka juga tidak senang dengan Najib.
Selain Mukhriz memang ada beberapa pengerusi Perhubungan Umno negeri
yang cuak dan sudah muak dengan Najib tetapi mereka hanya mengemankan
rasa hiba dalam diri sahaja. Mereka tidak senang dengan Najib tetapi
mengambil sikap mendiamkan diri. Jadi apabila Mukhriz berani membuka
mulut melontarkan sesuatu yang sangat perlu dan tepat, maka wajar kalau
beliau dinobatkan sebagai seorang pemimpin barisan kedua Umno yang
berani dan bertanggungjawab.
Mereka yang lain harus berasa malu dengan Mukhriz. Demikian juga Khairy
Jamaluddin perlu melawan keberanian Mukhriz dalam menjaga wibawa dan
maruahnya selaku ketua pemuda. Kalau tidak Khairy akan dikatakan sebagai
pondon. Seluruh ahli Umno perlu memberi sokongan dan bersama dengan
Mukriz sekiranya mereka sudah membuat konsesus yang Najib sudah menjadi
liabiliti kepada Umno dan Kerajaan.
Apabila anak Mahathir itu membuat gesaan itu dia tidak main-main tetapi
beliau menunjukkan wisdom sebenar sebagai seorang pemimpin. Gesaan itu
menyerlahkan Mukhriz bukan seorang yang sedia menjadi pak turut atau pun
yesman. Dan dia mengerti apakah risiko dan bahanan daripada
kata-katanya itu.
Tidak mustahil selepas ini Najib memberi fokus khusus kepada Mukhriz
bukan sahaja setakat menjawab perlantikan Mukhriz sebagai MB Kedah
sebagai melalui jalan mudah dan ia dibuat dengan kuasa prerogatifnya,
tetapi dengan lebih jauh lagi mungkin Najib akan bertindak atau mula
menggelarkan Mukhriz sebagai duri dalam daging.
Selepas ini Mukhriz harus bersedia menerima padahnya. Mungkin tindakan
ke atas Mukhriz akan dibuat selepas MT bermesyuart pada tarikh terdekat
apabila cadangan itu dibawa ke dalam mesyuarat MT oleh Mukhriz. Timbalan
Presiden Umno Muhyiddin Yassin dan Naib Presiden Shafei Afdal sudah
tentu bersetuju dan bersama Mukhriz dengan cadangan itu.
Kemuncak apa yang mungkin menimpa Mukhriz kelak kemungkinan dia akan
menerima nasib sama dengan Muhyiddi dan Shafei, dipecat sebagai MB
Kedah. Dan kalau ia menjadi realiti itulah yang dikehendaki oleh Mukhriz
kerana ia akan digelar sebagai wira oleh ahli Umno dan rakyat yang
membenci Najib.
Apakah Mukhriz akan menjadi hero nombor tiga selepas Muhyiddin dan Shafei Afdal?

Tiada ulasan:
Catat Ulasan