HALAMAN SANTAI

Selasa, 25 Ogos 2015

GHB nafi bayar RM140,000 ambil alih KITA

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
SHAH ALAM: Gerakan Harapan Baru (GHB) menafikan membayar sejumlah wang untuk mengambil alih Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA), lapor mStar.
 
Salah seorang pemimpin GHB yang dikaitkan menguruskan pembelian tersebut, Ishak Surin berkata dakwaan tersebut tidak berasas.
 
Desas desus mengatakan GHB membayar RM140,000 bagi mengambil alih parti yang pernah diterajui Datuk Zaid Ibrahim.    
 
"Saya menafikan sebarang penglibatan. Banyak mesej lucu dan cadangan yang besar menjelang pelancaran parti baharu.
 
"Namun semua itu tidak akan menggagalkan rancangan kami untuk melancarkannya," kata Ishak yang mengetuai jawatankuasa GHB kawasan Batu.
 
Bekas Yang Dipertua PAS kawasan Batu berkata demikian bagi mengulas dakwaan bahawa GHB mengambil alih Kita dan merancang untuk menamakan semula parti itu kepada Parti Islam Demokratik (DIP) atau Amanah.
 
GHB dijangka mengumumkan penubuhannya sebagai sebuah parti baharu pada Hari Kebangsaan, 31 Ogos ini manakala majlis pelancarannya pada Hari Malaysia, 16 September depan.
 
Setiausaha GHB, Dr Dzulkefly Ahmad turut menafikan dakwaan tersebut dan menegaskan beliau tidak dapat mengesahkan atau menafikan mengenai penamaan semula GHB.
 
"Selagi tidak ada kenyataan rasmi, permainan teka-teki ini masih berterusan," katanya.
 
Terdahulu, Penolong Pengarah Pendaftar Pertubuhan (ROS), Rosliza Mahidi berkata GHB masih belum menghantar permohonan untuk membentuk sebuah parti baharu.
 
 

Tiada ulasan: