HALAMAN SANTAI

Khamis, 26 November 2015

Hampir 5,900 pengundi lebih 100 tahun pada PRU-13

MALAYSIAKINI


 


Terdapat hampir 5,900 pengundi berdaftar yang berumur lebih 100 tahun sewaktu pilihan raya ke-13 pada 2013.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said bagaimanapun berkata tiada statistik berapa ramai di kalangan 5,877 pengundi berdaftar yang keluar mengundi.

"Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak mempunyai statistik berapa ramai pengundi berdaftar berusi lebih 100 tahun dan mengikut pecahan kaum yang telah mengundi pada pilihan raya itu," kata Azalina.

Beliau berkata dalam jawapan bertulis Parlimen berhubung pertanyaan Datuk Seri Noh Omar (BN-Tanjong Karang) yang ingin mengetahui berapa ramai pengundi yang berusia lebih 100 tahun yang mengundi pada pilihan raya umum 2013.

Sebelum pilihan raya umum ke-13 pembangkang dan pemantau pilihan raya BERSIH membangkitkan kebimbangan ramai pengundi berdaftar yang berusia 100 tahun yang meninggal dunia dan identiti mereka digunakan untuk pengundi hantu.

Bagaimanapun SPR berkata pihak telah mengambil langkah proaktif untuk membersihkan senarai pemilih yang meninggal dunia dan Kementerian Dalam Negeri memberikan akses kepada SPR dan agensi lain kepada pangkalan data Jabatan Pendaftaran Negara, pada 2012, bagi membolehkan suruhanjaya itu mengeluarkan pengundi yang meninggal dunia serta-merta.


Tiada ulasan: