KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid
Hamidi mahu isu-isu berkaitan pekerja asing diselesaikan mengikut
persefahaman majikan dan kesatuan sekerja.
Beliau berkata kerajaan sentiasa peka dengan keperluan pihak berkenaan berhubung isu pekerja asing, dan cuba membantu dengan sebaik mungkin.
"Kerajaan diminta oleh majikan terutamanya dari sektor pembinaan, pembuatan perabot dan perladangan yang memerlukan pekerja asing.
"(Tetapi) ada segelintir pihak luar seperti kesatuan sekerja dan parti politik mempolitikkan pula isu ini," katanya ketika berucap pada jamuan malam Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF) di Subang Jaya dekat sini, malam ini.
Dalam pada itu, Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri mengingatkan majikan supaya menyediakan kemudahan asas mencukupi untuk pekerja asing dan tidak melakukan penganiayaan terhadap mereka.
Beliau juga berkata sistem dalam talian bagi mendaftar dan memantau pekerja Bangladesh, yang diumumkan kerajaan baru-baru ini, bertujuan mengelak mereka daripada menjadi mangsa 'orang tengah' yang mahu mengendalikan kemasukan pekerja asing itu.
"Mereka pekerja sah. Selepas bekerja satu atau dua tahun, orang tengah (ejen) tidak membaharui permit mereka...inilah yang menjadikan mereka pekerja haram," katanya. - Bernama

Tiada ulasan:
Catat Ulasan